BERJASA Nyata Komitmen Terus Pertahan Akidah Anak-Anak Loh – Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA Zamani Ibrahim

Bangi – Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini berhubung isu keputusan mahkamah ke atas tiga anak mualaf Loh Siew Hong yang sebelum ini dijaga Ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah

Beliau menegaskan, BERJASA akan terus memberikan komitmen yang tinggi bagi mempertahankan agama Islam dan akidah di negara ini. 

“Apa-apa usaha yang mencabar akidah ini, kami tidak akan berkompromi walau seinci. Saya yakin ramai rakyat yang mengharapkan ada pemimpin untuk mewakili suara hati mereka, sayangnya tiada.

“Rentetan isu anak-anak Loh, mereka ini telah memeluk Islam secara sukarela, jadi jangan ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mempengaruhi ibunya untuk memurtadkannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, BERJASA akan mengambil tindakan proaktif untuk mempertahankan akidah anak-anak ini jika berlaku perkara yang tidak diingini.

“Saya minta fikirkanlah jalan untuk perkasakan Mahkamah Syariah, ini tanggungjawab kerajaan yang berkuasa hari ini. 

“Saya bersedia untuk berjumpa mana-mana pihak bagi sama-sama mengangkat Mahkamah Syariah supaya sesuai dengan negara kita yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Banjir Kilat: Apakah Tindakan Kerajaan? – Ir Ts Lukman Al Hakim

Next Post
Naib Presiden BERJASA Ir Lukman Al Hakim

Tanah Runtuh: Sampai Bila Kita Akan Bertindak Secara Reaktif? – Ir Ts Lukman Al Hakim

Related Posts