Bangi – Tindakan kerajaan negeri Johor yang ingin membuka pusat pemprosesan visa China mengundang bantahan daripada Naib Presiden BERJASA, Ir. Lukman Hakim.
Beliau ketika dihubungi berkata, cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar bagi membuka pusat pemprosesan visa pelancong Cina di negeri itu adalah satu idea gila yang tidak masuk akal.
Dakwa beliau, K. Raven Kumar cuba kelihatan bijak tetapi ternyata dungu dan naif dengan mengutarakan cadangan yang sebenarnya ingin campur tangan urusan kerajaan persekutuan.B
“Bahkan di bawah seliaan kerajaan persekutuan sekalipun, statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan lebih 1.2 juga warga China yang masuk ke Malaysia tidak keluar dalam tempoh antara 2018 hingga 2021”.
“ika masalah sedia ada pun gagal ditangani oleh kerajaan persekutuan, apa jaminan K. Raven Kumar bahawa Johor mampu menguruskan visa pelancong dari China dengan telus, efektif dan selamat”.
“Alasan bahawa ia akan meningkatkan jumlah pelancong luar dari negara China ke Johor juga tidak boleh diterima kerana kerajaan negeri Johor sepatutnya mengutamakan kedaulatan dan keselamatan negeri dan seluruh rakyat, bukan semata-mata mengejar keuntungan ekonomi dari industri pelancongan”, tegas beliau.
Beliau berikan justifikasi bahawa tidak perlu memudahkan proses pemilikan visa untuk menarik pelancong datang ke sini keranan proses mendapatkan kelulusan visa ke Amerika Syarikat adalah sangat ketat bahkan antara yang paling ketat di dunia tetapi ramai pelancong masing berpusu-pusu untuk ke sana.
Sepatutnya tidak timbul idea mempermudahkan urusan visa bagi menarik pelancong asing, sebaliknya negeri Johor perlu membangunkan industri pelancongan yang benar-benar menarik dan berdaya saing jika ingin menarik jumlah pelancong yang tinggi.
Terdahulu, Johor berhasrat untuk membuka pusat pemprosesan visa China di negeri ini bagi memudahkan proses permohonan visa pengembara dalam usaha meningkatkan kemasukan pelancong negara itu.