Filem Mentega Terbang Cemar Kesucian Islam – Dr Fadilah

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah

Bangi – Filem Mentega Terbang yang telah ditayangkan di platform internet secara terbuka sejak awal tahun ini merupakan satu lagi siri- siri serangan terhadap agama Islam, melalui hasil karya seni.

Filem tersebut antaranya memaparkan fokus utama pada keluarga dan watak seorang Islam yang memahami Islam secara ritual sahaja sehingga menyebabkan pencarian mencari kebenaran tersasar.

Dr Fadilah ketika dihubungi berkata, sekiranya penulis skrip serta penerbit filem, jujur dalam misi untuk menyampaikan mesej untuk menyeru mencari kebenaran, maka seharusnya Islam atau agama lain yang di paparkan adalah ajaran dan falsafah agama yang benar. Bukannya sisi pandang agama yang telah dicarikkan oleh barat atau fahaman anti agama.

Tegas beliau, Islam merupakan satu deen yang syumul, satu cara hidup indah yang membebaskan manusia dari tunduk kepada nafsu serta penyembahan selain Allah.

“Islam mengiktiraf kebebasan beragama umat lain, menolak penindasan serta kezaliman kepada bangsa dan umat beragama lain tetapi pada masa sama , menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memelihara serta mempertahankan agama Islam dari serangan musuh2 Islam.” kata beliau.

Beliau juga mempersoalkan pihak penerbit jika ingin menghasilkan filem yang mencari kebenaran dalam beragama, boleh sahaja ditayangkan tanpa “menyerang” satu-satu agama secara tidak benar, sehingga menimbulkan ketegangan di antara penganut-penganut agama.

Sensitiviti serta tanggungjawab penerbit filem melambangkan kejujuran serta kesungguhan mereka mempertahankan keamanan.

Mustahil tiada mesej-mesej membina masyarakat yang bersifat mengambil kira sensitiviti beragama diambil oleh pihak penerbit sehingga terhasil filem yang begitu rendah nilai moralnya untuk membina masyarakat yang sejahtera.

Filem Mentega Terbang yang diterbitkan pada 2021 memaparkan topik agama dan kepercayaan, sebuah topik yang sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia. Isunya timbul apabila filem ini mempunyai unsur pluralisme yang mengangkat definisi semua agama adalah sama dan amat bertentangan dengan Islam.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Setiausaha Agung BERJASA, Cikgu Zulkifli

BERJASA Sedia Terima Annuar Musa – Zulkifli

Next Post
Belanjawan 2023

Sekuriti Makanan & Nasib Nelayan Yang Terpinggir

Related Posts