Batu Kurau – “BERJASA terbuka untuk menerima sesiapa sahaja untuk mana-mana pihak yang ingin menyertai bersama asalkan bersetuju untuk bersetuju dengan prinsip-prinsip perjuangan BERJASA iaitu berjuang demi agama dan watan”.
Itu kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya terhadap respon daripada Tan Sri Annuar Musa yang ingin kembali menyertai kancah politik.
Sebelum itu, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataanya akaun Facebook miliknya seakan-akan memberikan bayangan bahawa beliau bersedia untuk kembali ke dalam kancah politik dan menyertai parti yang selari dengan perjuangannya iaitu menegakkan syiar agama, bangsa dan negara.
Susulan itu, Zulkifli berkata asas perjuangan yang Tan Sri Annuar Musa cari sama dan selari dengan BERJASA yang turut mempunyai prinsip perjuangan yang serupa iaitu berkaitan perjuangan bangsa dan agama.
Tambah Zulkifli, jika Tan Sri Annuar Musa merasakan BERJASA parti yang sesuai dengan prinsip yang beliau cari maka BERJASA amat terbuka untuk beliau menyertainya.
Tan Sri Annuar Musa yang juga Bekas Setiausaha Agung UMNO, telah dilucutkan jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas mereka melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO serta perkara berkaitan tataetika ahli.