Reformasi Hanya Mimpi Kosong

Tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat menyekat akses ke laman web tvpertiwi.com.my milik TV Pertiwi pada hari semalam menampakkan bahawa kerajaan sekarang hanya bersikap hipokrit dalam soal reformasi.

Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang dahulu, ayat keramat mengenai reformasi sentiasa meniti di bibirnya sewaktu berucap di depan khalayak umum. Apa sahaja janji yang dilontarkan oleh beliau sewaktu berucap semestinya mengenai janji beliau untuk mereformasikan badan kehakiman, perundangan malahan ingin memberikan kebebasan kepada media yang didakwa kononnya sentiasa disekat oleh kerajaan.

Akhirnya sekarang beliau telah menjadi Perdana Menteri dan janji itu masih dikotakan oleh beliau bertarikh 28 Mei 2023 yang mana beliau berjanji bahawa media perlu diberikan kebebasan sepenuhnya tanpa ada sebarang sekatan daripada mana-mana pihak sekalipun. Bukti ucapan janji beliau itu pada tiga bulan lepas masih boleh ditonton di saluran Youtube Astro Awani yang bertajuk ‘Media perlu diberi kebebasan kritik kerajaan tanpa rasa gentar’.

Namun berbeza pula dengan apa yang berlaku sekarang apabila kerajaan bertindak menyekat TV Pertiwi dengan sebab yang tidak jelas dan masih belum diberikan sebab mengapa ia disekat oleh SKMM. Hasil carian di internet juga menunjukan bahawa laman web TV Pertiwi adalah saluran komunikasi kedua disekat selepas akaun Tik Tok milik syarikat media yang sama.

Dalam laporan berita Malaysiakini, alasan sekatan dikenakan kepada TV Pertiwi adalah kerana mereka menyampaikan maklumat yang salah sewaktu mengulas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baharu sahaja selesai baru-baru ini. Jika itu alasan sebenar sekatan itu dikenakan, ia agak janggal kerana mana-mana media yang bebas memang diberikan kebebasan untuk membawa naratif perbincangan masing-masing.

Apa yang boleh disimpulkan sekarang, reformasi yang dilaungkan hanya janji kosong dilontarkan oleh individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata untuk mengaburi mata rakyat demi kuasa politik.

Pada beliau, kebebasan media hanya dapat dinikmati jika media berpihak pada mereka dan akhirnya terjawab sudah bahawa reformasi ini tidak akan pernah dilakukan sekalipun.

Kimi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombnag BERJASA atau parti BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perlunya ‘Movement’ Tukar Alamat Mengundi Oleh Perantau

Next Post

Kerajaan Jangan Jadi Pengecut

Related Posts