hak ahli parlimen untuk tukar kerajaan

BANGI – Langkah Dubai yang heboh diperkatakan di media arus perdana sejak kebelakangan ini sebenarnya sebahagian daripada usaha pihak-pihak tertentu untuk kebaikan negara. Tidak dapat tidak, selagimana ia masih di dalam kerangka yang dibenarkan oleh undang-undang maka ia tidak menjadi masalah.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sewaktu menjadi pembangkang juga pernah mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan dan boleh dikatakan lebih tiga kali gerakan itu dibuat oleh beliau atas alasan demokrasi. Maka sepatutnya beliau perlu terima Langkah Dubai ini adalah sebahagian daripada demokrasi yang dilaungkan selama ini.

“Saya ingin mengingatkan kepada Anwar Ibrahim bahawa janganlah bersikap hipokrit dan cakap tak serupa bikin dalam isu menjatuhkan kerajaan ini. Anda patut ingat bahawa anda juga melakukan tindakan yang sama sewaktu menjadi ketua pembangkang sehingga sanggup membuat sidang media untuk menunjukkan kononnya anda berjaya laksanakannya waktu itu”.

“Daripada sibuk memikirkan soal gerakan menjatuhkan kerajaan ini, sepatutnya kerajaan Madani perlu lebih risau akan diri mereka sendiri kerana ini satu isyarat bahawa begitu lemahnya kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sehingga wujudnya gerakan untuk jatuhkan kerajaan”.

“Mereka gagal untuk mengemudi isu ekonomi, sosial, pendidikan, kepentingan orang Melayu dan pelbagai siri penghinaan terhadap Islam gagal ditangani dengan baik kerana lebih sibuk menjaga hati DAP”, ulas beliau.

Selain itu, beliau juga mengingatkan bahawa Langkah Dubai perlu menjadi batu loncatan kepada kerajaan untuk menilai semula kelemahan mereka yang masih menyimpan beberapa menteri yang biadab dan tidak professional terutamanya Menteri Pelancongan serta Menteri Ekonomi. Beliau melihat kedua-dua menteri ini menunjukkan prestasi yang buruk dan lemah.

“Kerajaan sepatutnya muhasabah diri dengan melihat semula di mana kelemahan mereka selama ini. Tindakan menyimpan beberapa orang menteri yang tidak kompeten jelas mencalarkan imej kerajaan maka tidak hairan wujudnya gerakan untuk jatuhkan kerajaan”.

“Saya rasa Anwar sedar kerajaan Madani sekarang amat lemah maka isu ini sebenarnya memberikan ketakutan kepada beliau”, tegas beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah UMNO Lebih Memilih dAP Daripada mCA?

Next Post

Negeri Sembilan Lulus SOP Perlombongan REE, Dimajukan Oleh Syarikat China

Related Posts