Ekonomi Gig Lebih Banyak Keburukan Berbanding Kebaikan

ekonomi gig

Rakyat Malaysia terutamanya anak muda kini ramai yang memilih pekerjaan di dalam ekonomi gig kerana berpendapat ia menjanjikan waktu bekerja yang fleksibel dan mudah untuk disertai tanpa memerlukan kelulusan pendidikan yang tinggi.

Ekonomi gig merujuk kepada sistem ekonomi di mana individu bekerja secara bebas atau kontrak jangka pendek dan selalunya tanpa pekerjaan tetap dengan majikan.

Istilah “gig” berasal daripada dunia muzik di mana pemuzik akan mengambil persembahan atau “gig” satu demi satu tanpa pekerjaan tetap.

Dalam konteks ekonomi moden, ekonomi gig merangkumi pekerjaan yang dilakukan secara ad hoc, bebas atau sementara.

Selain daripada waktu kerja yang fleksibel, pekerjaan ekonomi gig ini digemari kerana pekerja bebas dibayar berdasarkan tugasan yang diberikan maka pencarian duit itu ditentukan oleh mereka sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak atasan.

Kata kuncinya di sini ialah mereka mahu bebas dan boleh bekerja dengan perancangan mereka sendiri.

Namun demikian, adakah ekonomi gig ini berbaloi untuk diceburi oleh rakyat Malaysia sebagai bidang pekerjaan utama mereka?

Gaji & KWSP Tidak Cukup Bukti Keburukan Ekonomi Gig

Pengerusi KWSP Mohd Zuki Ali melaporkan bahawa struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.

Malahan beliau menambah perkara ini bertambah buruk terjadi kepada mereka yang menceburi bidang ekonomi gig yang tidak mempunyai skim simpanan persaraan rasmi seperti KWSP.

Kenyataan ini tidak menghairankan kerana kini sudah ramai yang menceburi bidang ekonomi gig dengan mendaftarkan diri sebagai pekerja penghantar makanan untuk Food Panda, Grab Food dan Shopee Food di kawasan bandar yang sama.

Bukan itu sahaja perkhidmatan e-hailing juga semakin sengit persaingannya dan ia tidak menjanjikan pendapatan yang tetap.

Pendapatan bergantung kepada beberapa banyak kerja yang dapat dilakukan pada satu-satu masa dan permintaan untuk perkhidmatan boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Mungkin pulangan pendapatan yang banyak hasil bekerja di dalam bidang pekerjaan ini rancak sewaktu penularan wabak COVID-19 dahulu apabila kebergantungan kepada pekerja penghantar makanan begitu tinggi.

Namun kini keadaan sudah berubah dan persaingan semakin terbuka luas dengan ramai yang ingin menceburi bidang ini.

Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dalam kajiannya mengatakan bahawa lebih 90 peratus ahli kumpulan wang persaraan pekerja swasta itu yang berusia di bawah umur 30 tahun tidak mempunyai simpanan asas yang mencukupi untuk persaraan.

Hal ini tidak ditambah lagi dengan pekerja ekonomi gig yang tidak mempunyai akaun KWSP maka tidak mustahil kita akan melihat ramai rakyat Malaysia bersara dalam keadaan yang miskin nanti.

Malaysia mungkin akan menjadi seperti negara Jepun yang mana warga emas terpaksa untuk terus bekerja bagi menampung keperluan ekonomi di masa tua kerana ketidakcukupan wang simpanan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ngo melayu

NGO Melayu Perlu Bersatu Padu

Next Post
produk tradisional malaysia

Sudah Masanya Produk Tradisional Malaysia Diperkasakan

Related Posts