Tengku Zafrul Jangan Perlekehkan Graduan Tempatan

BANGI – Tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mengambil graduan asing sebagai pekerja tenaga mahir di Malaysia merupakan satu pemikiran simplistik seorang menteri yang amat mengecewakan seluruh rakyat Malaysia. Tengku Zafrul dilihat seakan sebagai ‘lari daripada masalah’ dan gagal melihat masalah ini sebenar yang telah lama berakar umbi iaitu kegagalan sistem pendidikan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai sektor ekonomi yang diperlukan negara.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al-Hakim berkata solusi cetek Tengku Zafrul ini tidak langsung menghiraukan ribuan tenaga mahir tempatan yang mengambil keputusan bekerja di luar negara terutamanya Singapura dan Timur Tengah kerana kecewa dengan sistem yang ada di Malaysia.

“Tengku Zafrul sepatutnya berfikir dalam kerangka pembangunan modal insan tempatan dengan jati diri dan semangat cintakan negara yang tinggi bukannya sekadar mengambil sikap sambil lewa dan jalan pintas untuk menyelesaikan kekurangan pekerja asing di negara kita”, tegas beliau.

Jika melihat kepada trend graduan tempatan yang menganggur, kebanyakannya berpunca daripada tawaran gaji yang rendah. Hal ini menyebabkan mereka lebih berminat untuk memilih meneruskan pekerjaan dalam bidang yang lain seperti menjadi pemandu p-hailing dan sektor separa mahir.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ambil Graduan Asing Bekerja: Jangan Hina Graduan Tempatan

Next Post

Retak Menanti Belah Menunggu Kerajaan Perpaduan

Related Posts