Pilihanraya PBT: Agenda DAP untuk menguasai bandar sepanjang zaman

Shah Alam – DAP semakin menunjukkan identiti dan perjuangan sebenar mereka apabila lepas satu-satu isu dibangkitkan dan tidak langsung menghormati sensitiviti rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Selepas isu Perdana Menteri Malaysia bukan orang Melayu disuarakan oleh Lim Kit Siang, isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula dilaungkan.

Hal ini telah menimbulkan rasa bimbang dan tidak puas hati oleh ramai pihak terutama wakil pemimpin orang Melayu termasuklah dari pari BERJASA Malaysia. Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menyifatkan cadangan ini amat melampau dan tidak bertanggungjawab. ”Inilah agenda DAP untuk menguasai bandar-bandar yang ada di negara kita. Sedikit-sedikit agenda ini akan menghapuskan bangsa Melayu sebagai bangsa tonggak di Malaysia.” tambahnya lagi.

Beliau menyatakan bahawa agenda penguasaan bandar-bandar di Malaysia ini merupakan rancangan jahat DAP yang akan dibawa sepanjang zaman oleh parti tersebut.”Kita sendiri boleh lihat majoriti kaum Cina ada di kawasan mana, sudah tentu dibandar. Apabila pilihanraya PBT dibuat, kawasan yang terlibat bukan kawasan mengikut sempadan PRU tetapi adalah kawasan yang berbeza. Oleh itu, wakil-wakil mereka akan dicalonkan untuk mentadbir kawasan masing-masing. Secara tak langsung juga bakal mengurangkan kuasa kerajaan negeri”.

Beliau juga menyeru kepada parti-parti politik Melayu untuk tidak dungu dalam menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Cadangan pilihanraya PBT telah dicadangkan oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga merangkap Ahli Parlimen Cheras dikemukakan pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Ibu Pejabat DAP pada 17 Disember 2023 yang lalu.

Tan Kok Wai memberitahu bahawa pilihanraya PBT ini boleh dimulakan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kemudian akan diteruskan di bandar-bandar lain seperti Ipoh, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA dan parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rombakan Kabinet Bukti PM Hilang Punca

Next Post
Hamdan Shariff Ketua Penerangan Parti

Pembatalan larangan Jualan arak : Bukti Kerajaan Tunduk Kepada  DAP

Related Posts