‘Top 20’ Sekolah SPM Terbaik 2023 Didominasi Sekolah Kebangsaan

SPM 2023

BANGI – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 baharu sahaja diumumkan semalam. Seramai 11, 713 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023 dibandingkan dengan 10, 109 pada calon 2022 yang sekali gus mencatatkan peningkatan.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan turut berkata pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik berbanding tahun 2022 apabila Gred Purata Nasional (GPN) tahun lalu adalah 4.60 berbanding 4.74 pada 2022. Pada tahun 2023, peratus calon yang layak menerima sijil SPM telah menunjukkan peningkatan kepada 93.5 peratus berbanding 91.6 peratus pada tahun 2022.

Lebih menarik lagi, senarai 20 sekolah terbaik SPM 2023 semuanya diduduki oleh sekolah kebangsaan. Ini membuktikan sekolah-sekolah kebangsaan di negara kita mempunyai kualiti yang tersendiri.

Senarai 20 sekolah terbaik SPM untuk tahun 2023 tersebut ialah Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070), Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (1.073), Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (1.248), SM Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan (1.255), Kolej Yayasan Saad, Melaka (1.257), Sekolah Seni Malaysia, Johor (1.278), Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (1.282), SM Imtiaz Kemaman, Terengganu (1.324), SBPI Gombak, Selangor (1.385), SM Sains Tuanku Aishah Rohani, Negeri Sembilan (1.403), SAM Bestari, Selangor (1.409), Sekolah Tun Fatimah, Johor (1.421), SM Sains Kota Tinggi, Johor (1.442), SMKA Sultan Azlan Shah, Perak (1.455), SMK Agama Putrajaya (1.465), MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka (1.490), SBPI Kuantan, Pahang (1.504), SMKA Kerian, Perak (1.506) dan SMK Bukit Jambul, Penang (1.533).

Hal ini membuktikan sekolah kebangsaan merupakan medium pendidikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia bukan sahaja dalam sahsiah malahan akademik juga. Selain itu, institusi tahfiz profesional dan sekolah agama berjaya membuktikan kecemerlangan dalam lapangan akademik.

Jika benar dakwaan sebelum ini yang mengatakan sekolah jenis kebangsaan menjadi pilihan terbaik rakyat Malaysia, di manakah kedudukan mereka dalam senarai 20 sekolah terbaik SPM 2023?

Sebelum ini juga senarai sekolah terbaik kebanyakannya didominasi oleh sekolah kebangsaan maka hujah untuk mempertahankan kewujudan sekolah vernakular kononnya sebagai menyediakan pendidikan yang cemerlang langsung tidak berasas lagi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
miskin

Ramai Rakyat Malaysia Mudah Jatuh Miskin

Next Post
anwar ibrahim

Anwar Ibrahim Minta Semua Pihak Hormati Sekolah Vernakular

Related Posts