Dahulu Rafizi Bising China Beli Tanah Di Malaysia, Kini Rafizi Terus Diam Membisu

china beli tanah

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pernah menyuarakan bantahan mengenai isu China beli tanah di Malaysia.

Namun bantahan itu hanya disuarakan ketika beliau menjadi pembangkang sahaja sehingga sanggup menghasilkan poster gambar yang bertajuk “Pemaju China Beli Tanah Johor RM2.4 Bilion” di Facebook.

Beliau mendakwa kerajaan Malaysia sewaktu di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggadaikan tanah kepada China dan membawa sentimen kononnya Malaysia telah “dijual” tanahnya kepada China.

Beliau juga mengkritik tentang dasar ekonomi Malaysia yang mesra dengan China untuk membina Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan mengatakan projek ECRL ini akan menyebabkan peningkatan hutang kepada negara.

Namun demikian, projek ECRL ini tetap diteruskan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sama juga dengan penjualan tanah kepada China di Gebeng, Pahang dan Gelang Patah, Johor.

Rafizi Hipokrit, Penjualan Tanah Kepada China Tetap Berlaku Di Bawah Kerajaan Anwar Ibrahim

Jelas bahawa Rafizi merupakan seorang ahli politik yang hipokrit kerana terus membisu dan mendiamkan diri apabila aktiviti penjualan tanah di Pahang dan Johor kepada China berlaku.

Jika penjualan tanah kepada China ini berlaku sewaktu beliau menjadi pembangkang, boleh dibayangkan beliau dan penyokongnya akan turun berdemonstrasi di jalanan dengan mengatakan negara ini telah dijual kepada orang asing.

Ataupun beliau akan membuat jelajah ceramah ke seluruh Malaysia dengan mencanang isu ini kepada rakyat bahawa tanah di negara ini telah digadai oleh kerajaan.

Sekarang penjualan tanah ini tetap berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan jadi ramai yang tertanya-tanya apakah pendirian beliau dalam isu ini.

Sudahlah “formula” beliau untuk menurunkan harga minyak petrol sudah gagal, kini beliau sekali lagi gagal untuk mempertahankan prinsip beliau dalam isu penjualan tanah kepada China ini.

Seperti mana yang dikatakan oleh beliau sendiri, beliau memang merupakan seorang penghasut yang hanya “bijak” menyebarkan propaganda kosong tanpa membawa hujah yang berasaskan fakta yang kuat namun diangkat sebagai menteri kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pasdec jual tanah

Pasdec Jual Tanah Di Pahang Dengan Nilai RM73.4 Juta Kepada Syarikat China

Next Post
isu kekurangan beras tempatan

2025 Semakin Hampir, Isu Kekurangan Beras Tempatan Masih Belum Selesai

Related Posts