Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata kenaikan tarif elektrik di Semenanjung mulai Julai 2025.
Hal ini selaras dengan jadual tarif elektrik semasa yang telah dilaksanakan sejak 2014 dan akan terus berkuat kuasa tanpa perubahan dalam kadar tarif serta struktur sehingga 30 Jun 2025.
Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) akan mula dilaksanakan pada 1 Julai 2025.
RP4 ini telah pun diluluskan oleh kerajaan yang mana ia berada di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) berkuakuasa dari Januari 2025 hingga Disember 2027.
Tambah TNB, kenaikan ini selaras dengan peningkatan harga bahan api seperti gas dan arang batu yang lebih tinggi yang mana ia terus menjadi sumber bahan api utama untuk penjanaan elektrik sepanjang tempoh ini.
Dikala negara baharu sahaja ingin berjinak-jinak dengan industri kereta elektrik (EV), maka terpaksa untuk pengguna EV berhadapan dengan kenaikan tarif elektrik ini.
Dahulu DAP Jaguh Membantah Tarif Elektrik Di Hadapan Pejabat TNB
Kenaikan tarif elektrik ini terus mengingatkan kepada kempen bantahan yang pernah dilakukan oleh parti DAP sewaktu menjadi pembangkang dahulu pada tahun 2011.
Mantan Ahli Parlimen Bakri iaitu Er Teck Hua daripada DAP menyuarakan bantahan di hadapan pejabat TNB dengan mengadakan aksi “planking” yang kononnya sebagai simbol bantahan biasa di seluruh dunia sejak sedekad lalu.
Parti DAP pada ketika itu membantah keras terhadap kenaikan tarif elektrik oleh TNB dengan menegaskan kenaikan itu tidak adil dan tidak telus kerana rakyat tidak didedahkan kepada butir-butir perjanjian pembelian tenaga di antara TNB dan syarikat-syarikat penjana tenaga bebas (IPP).
Sekarang ini DAP sudah berjaya menjadi kerajaan hasil gabungan antara PKR dan parti komponen BN namun memilih untuk diam membisu ketika khabar kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai 2025 ini tersebar.
Mereka jelas adalah parti politik yang hipokrit dan tidak pernah meletakkan rakyat sebagai perjuangan utama mereka di dalam politik.
Segalanya demi kuasa dan kepentingan politik semata-mata dan hak rakyat terus ditenggelami oleh kerakusan mereka untuk berkuasa di Malaysia.