PM Gesa Swasta Kaji Kadar Upah Pekerja

PUTRAJAYA – Sektor swasta digesa menyambut signal yang diberikan kerajaan menerusi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam bagi mengiktiraf pekerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak munasabah untuk mengharapkan prestasi produktiviti tinggi daripada pekerja tetapi kadar upah tidak meningkat.

“Kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati produktiviti bagi pekerja swasta ada peningkatan namun kadar upah pekerja meningkat sangat sederhana,” katanya menerusi ucapan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.

Ujar Anwar, syarikat-syarikat swasta yang mencatatkan keuntungan tinggi adalah wajar memberikan satu galakkan untuk meningkatkan produktiviti pekerja masing-masing.

“Saya juga minta sektor swasta ada yang mengadu syarikat untung hingga RM400 juta setahun, tetapi upah pekerja tak meningkat langsung.

“Bagilah tambahan munasabah dalam keadaan yang ada sekarang,” katanya.

Jumaat lalu, Anwar menerusi pembentangan Belanjawan 2024 mengumumkan bayaran insentif awal RM2,000 untuk penjawat awam dan RM1,000 untuk semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen yang akan dibayar pada Februari tahun depan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, keputusan dalam memberikan memberikan bayaran insentif itu dibuat untuk rangka lebih luas walaupun Kementerian Kewangan (MOF) tidak mengusulkan angka tersebut.

“Tidak ada yang menganggap ini satu perkara mungkin terjadi dalam keadaan kekangan kewangan sekarang.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pun terkejut dengan jumlah itu dan MOF tidak mengusulkan sampai ke situ,” katanya.

Mengulas konteks rangka lebih luas beliau berkata, kajian sistem persaraan perkhidmatan awam itu harus dibuat secara menyeluruh dan komprehensif memandangkan ia tidak dilaksanakan sudah 10 tahun.

“Justeru kajian itu, ia tidak boleh dilakukan seperti kajian biasa dan semua jabatan sektor yang ketinggalan atau tidak ada akses mesti diberikan kesempatan untuk mengemukakan pandangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS Bakal  Kerah Aset Ketenteraan Ke Israel?

Next Post

McD’s Malaysia Milik Penuh Muslim, Tidak Sokong Israel

Related Posts