Cari Solusi Ampuh Untuk Isu Harga Sayur Naik – Muhammad Nazriq

YDP BERJASA Melaka, Muhammad Nazriq

Melaka – YDP BERJASA Melaka, Muhammad Nazriq Abdul Rahman mengambil maklum balas berkenaan isu kenaikan harga sayur antara 10 peratus hingga 20 peratus di Melaka.

Isu kenaikan harga sayur ini berlaku ekoran cuaca hujan selain permintaan yang tinggi terutama menjelang perayaan.

Beliau tidak menolak berkenaan ‘supply and demand’ yang menjadi penentu harga barang dalam pasaran namun terdapat solusi yang ampuh boleh digunakan bagi mengawal harga sesuatu barang keperluan ini terutamanya apabila melibatkan faktor cuaca.

Para petani sepatutnya mempunyai gudang penyimpanan sayur bagi memperbanyakkan stok simpanan sayur. Tegas beliau, hal ini mampu mengawal harga sayur daripada naik kerana masih ada stok yang banyak untuk kegunaan pasaran.

Jika berlakunya cuaca hujan sehingga menjejaskan pengeluaran sayur sekalipun, petani tiada masalah untuk menjual hasil sayurnya di pasaran kerana masih ada simpanan sayur dalam ‘volume’ yang tinggi di gudang penyimpanannya.

Beliau menegaskan tiada masalah untuk petani mengikuti langkah tersebut kerana mereka sepatutnya sudah mampu untuk beradaptasi dengan kaedah penanaman moden terutamanya kepada para petani di Cameron Highlands.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Cikgu Zulkifli Yahya BERJASA

Pertukaran Waktu Mula Sekolah Perlu Dinilai Semula – Zulkifli Yahya

Next Post
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA Rakam Takziah Ke Atas Mangsa Gempa Bumi Di Turki Dan Syria

Related Posts