Bangi – Parti BERJASA Malaysia (BERJASA) merakamkan ucapan takziah dengan hati yang amat berat dan sedih atas bencana gempa bumi yang kuat bermangnitud 7.8 di Selatan Turkiye sehingga memberi kesan kepada beberapa buah negara sekitar terutamanya di Syria.
Setakat masa kenyataan media ini, angka nyawa yang terkorban adalah melebihi 3000 orang dan dijangkakan akan terus meningkat.
BERJASA amat bersimpati dengan bencana ini dan seluruh warga BERJASA mendoakan supaya mangsa-mangsa yang terkesan diberi kekuatan oleh Allah untuk berhadapan dengan musibah ini, dan mendoakan agar kerja-kerja menyelamat yang sedang dijalankan akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Dikesempatan ini juga BERJASA ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia yang telah menghantar pasukan SMART ke Turkiye dengan segera untuk menghulurkan bantuan dalam kerja-kerja menyelamat di Turkiye dan mengharapkan lebih banyak bantuan yang akan disalurkan bagi membantu mangsa-mangsa di sana.
Jelas beliau lagi, BERJASA juga akan melaksanakan inisiatif bantuan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan bagi membantu mangsa-mangsa di Turkiye dan Syria pada fasa menyelamat ini dan pada fasa pemulihan nanti.