Pertukaran Waktu Mula Sekolah Perlu Dinilai Semula – Zulkifli Yahya

Cikgu Zulkifli Yahya BERJASA

Bangi – Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya berpendapat cadangan pertukaran waktu mula sesi persekolahan kepada pukul 8 pagi perlu memikirkan dalam semua aspek yang melibatkan sekolah bandar, sekolah luar bandar, sekolah dua sesi serta sekolah yang terletak di Sabah dan Sarawak.

Hal ini demikian kerana penukaran waktu ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sekolah yang menjalankan dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang.

Beliau memberikan gambaran bahawa jika penukaran ini tetap ditetapkan oleh pihak kementerian, sekolah yang menjalankan dua sesi pembelajaran ini terpaksa merombak semula waktu persekolahan mereka yang dikhuatiri akan membebankan para guru dan murid.

Jika sekolah itu bermula pada pukul 8 pagi, murid-murid dan guru-guru sesi petang akan memulakan pembelajaran pada pukul 2 petang dan pulang pada pukul 6 petang. Ini akan memberi kesan kepada mereka yang mungkin terpaksa tiba lewat di rumah akibat jalan yang sesak dengan kenderaan ketika waktu puncak.

Beliau juga berpendapat sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak tidak sesuai untuk ditetapkan waktu sekolah bermula pukul 8 pagi kerana zon waktu di Semenanjung dengan kedua-dua buah negeri itu amat berbeza sama sekali.

Isu pertukaran waktu sekolah ini sepatutnya tidak diangkat atau diperbesarkan kerana bagi beliau lebih penting untuk setiap sekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menetapkan jumlah subjek yang perlu diajar dan jumlah waktu yang perlu diajar bagi setiap subjek.

Tegas beliau lagi, pihak kementerian sepatutnya memberikan kelonggaran kepada pihak pentadbiran sekolah untuk menentukan waktu persekolahan yang sesuai asalkan tidak menganggu mereka untuk mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Belia Memilih atau Tiada Pilihan? – Meor Azim

Next Post
YDP BERJASA Melaka, Muhammad Nazriq

Cari Solusi Ampuh Untuk Isu Harga Sayur Naik – Muhammad Nazriq

Related Posts