Calon DUN Nilai: Nilai berpotensi jadi bandar moden yang mengutamakan anak muda tempatan

calon dun nilai
calon dun nilai

Oleh NSM

NILAI, 22 Julai – Calon BERJASA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Nilai, Ustaz Zamani Ibrahim berikrar memastikan pembangunan Nilai berlangsung secara seimbang dengan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk tempatan, khususnya golongan muda.

Beliau berkata Nilai mempunyai semua kelebihan untuk muncul sebagai bandar moden, namun pembangunan yang dirancang perlu mengutamakan kesejahteraan rakyat setempat.

Nilai ini sesuai untuk dijadikan sebagai bandar moden, sesuai dengan nama bandar baharu,” katanya ketika sesi walkabout di Pasar Malam Taman Semarak, semalam.

Dun Nilai miliki kelebihan strategik

Menurut Zamani, kedudukan Nilai sebagai pintu masuk Negeri Sembilan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menempatkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), selain mempunyai rangkaian lebuh raya dan perkhidmatan KTM menjadikan kawasan itu sangat strategik untuk pembangunan.

Beliau berkata faktor tersebut menyebabkan semakin ramai memilih untuk membeli rumah dan menetap di Nilai.

Setiap tahun semakin ramai orang luar memilih untuk membeli rumah dan menetap di Nilai. Ini membuktikan Nilai mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai sebuah bandar baharu moden yang mampu menjadi pemacu pembangunan negeri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pembangunan yang tidak dirancang dengan baik boleh menyebabkan penduduk tempatan, khususnya anak jati Nilai, tercicir daripada menikmati manfaat pembangunan.

Rumah mampu milik untuk anak jati Nilai

Sehubungan itu, Zamani berkata penyediaan rumah mampu milik akan menjadi antara keutamaan sekiranya diberi mandat mewakili DUN N10 Nilai.

Beliau mahu pembangunan perumahan dirancang selaras dengan status Nilai sebagai bandar moden, selain mencadangkan satu peruntukan khas perumahan diwujudkan untuk anak jati Nilai.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan penduduk tempatan tidak terus berdepan tekanan kenaikan harga rumah sehingga terpinggir di kawasan sendiri.

Anak Nilai tidak sepatutnya menjadi penonton di tanah sendiri. Mereka perlu diberi keutamaan untuk memiliki rumah dan membina kehidupan di tempat kelahiran mereka,” katanya.

Peluang pekerjaan berkualiti untuk belia

Selain perumahan, Zamani berkata sebuah bandar moden perlu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi supaya pembangunan ekonomi turut dinikmati penduduk tempatan.

Beliau berkata usaha menarik pelaburan yang mampu mewujudkan pekerjaan berkualiti akan menjadi antara fokus utama bagi membolehkan golongan muda bekerja berhampiran tempat tinggal mereka.

Kita mahu anak muda dapat bekerja berhampiran rumah, membina keluarga dengan lebih sejahtera dan pada masa sama menggerakkan ekonomi setempat. Inilah pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Latar belakang calon Dun Nilai

Zamani pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebelum bersara pada 2019.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan selama 10 tahun sehingga 2019 dan kini bertanding mewakili BERJASA bagi kerusi DUN N10 Nilai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
CALON DUN NILAI

Calon Dun Nilai: Ustaz Zamani optimis raih sokongan masyarakat Cina dan India

Related Posts