PRN Negeri Sembilan: Ustaz Zamani tekad mahu jadikan Nilai pilihan anak muda bina kerjaya, keluarga dan masa depan

prn negeri sembilan
prn negeri sembilan

NILAI, 20 JulaiKesejahteraan hidup anak muda akan menjadi antara keutamaan yang diperjuangkan Ustaz Zamani Ibrahim, calon BERJASA bagi N10 Nilai.

Beliau berkata, Nilai memiliki potensi besar sebagai sebuah bandar yang berkembang pesat dengan kedudukan strategik, institusi pendidikan serta kawasan perindustrian yang mampu menawarkan lebih banyak peluang kepada generasi muda.

Impian saya ialah melihat Nilai menjadi pilihan anak muda untuk membina kerjaya, mendirikan keluarga dan merancang masa depan mereka dengan lebih yakin.

Kita mahu mewujudkan sebuah kawasan yang bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan berkualiti, malah mempunyai persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif untuk membesarkan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program santai bersama penduduk yang turut menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Faris Maju USIM, pagi tadi.

Pembangunan mesti manfaatkan anak muda

Menurut Ustaz Zamani, usaha memperkukuh ekonomi setempat, memperluaskan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemudahan awam seperti sekolah dan hospital perlu bergerak seiring bagi memastikan anak muda tidak perlu berhijrah ke tempat lain untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Katanya, pembangunan di Nilai juga perlu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat tempatan, khususnya golongan belia yang menjadi aset penting kepada masa depan negeri.

Dengar sendiri harapan penduduk

Dalam suasana santai itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk, khususnya golongan muda, sambil mendengar pandangan dan harapan mereka terhadap pembangunan kawasan Nilai.

Ustaz Zamani berkata, suara anak muda perlu diberikan perhatian kerana mereka bukan sahaja pewaris kepimpinan masa depan, malah merupakan pemacu utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan masyarakat.

Insya-Allah, saya mahu membawa suara rakyat Nilai supaya pembangunan yang dirancang benar-benar meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menjadikan Nilai sebuah bandar yang terus berkembang serta menjadi kebanggaan semua,” katanya.

Santuni masyarakat sepanjang program

Ustaz Zamani turut menunaikan solat berjemaah di Surau Desa Anggerik dan Masjid Assidiqin, selain beramah mesra bersama penduduk sekitar di Restoran Nasi Ulam Kak Su dan Restoran Pokjak.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
prn negeri sembilan

PRN Negeri Sembilan: BERJASA Rasmi Bertanding di Nilai, Ustaz Zamani Calon Nombor 1

Related Posts