ADUN PKR Gesa Minggu Solidariti Palestin Anjuran KPM Dikaji Semula

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR hari ini menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam yang dijadual bermula esok.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menjelaskan keputusan mengadakan program sedemikian patut dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur kedendaman dan keganasan.

“Kami difahamkan tujuan KPM untuk mendidik pelajar mengenai nilai manusiawi, hak asasi manusia dan keprihatinan terhadap penderitaan.

“Namun adalah sukar bagi KPM untuk memantau program Solidariti Palestin itu mencapai matlamatnya tanpa menyebar rasa kedendaman dan keganasan,” katanya.

Selain Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, kenyataan bersama itu juga turut disertai Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man; ADUN Kebun Bunga, Lee Boon Heng; ADUN Rawang, Chua Wei Kiat; ADUN Semambu, Chan Chun Kuang dan ADUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi.

Selain itu, ADUN Chuah, Yew Boon Lye; ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik; ADUN Kajang, David Cheong Kian Yong; ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern serta ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai.

Mengulas lanjut, mereka juga memohon KPM untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi garis panduan KPM serta memprovokasikan keganasan dengan senjata mainan di sekolah.

“Kami juga beranggapan bahawa tindakan membawa isu konflik antarabangsa ke sekolah adalah tidak wajar dan harus dikaji semula.

“Kerajaan dan rakyat kita perlu mengekalkan akal fikiran yang rasional sementara menyokong perjuangan Palestin dan jangan sesekali menbangkitkan isu kedendaman dan keganasan dalam institusi awam,” katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam memaklumkan program membabitkan replika senjata mainan di sebuah sekolah yang sedang tular tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, program berkenaan juga tidak termasuk dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dijadual bermula esok hingga 3 November ini. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Tolak Gencatan Senjata, Mahukan Perang

Next Post

Kedutaan AS Didakwa Hantar 3 Notis Kepada Malaysia Berhubung Isu Palestin

Related Posts