Selain China, Pertikaian Laut China Selatan Juga Melibatkan Malaysia Dengan Vietnam

pertikaian laut china selatan

Pertikaian Laut China Selatan biasanya hanya memberi tumpuan kepada China yang begitu agresif menuntut keseluruhan wilayah Laut China Selatan termasuk sempadan laut Malaysia, Filipina, Vietnam, Singapura dan Brunei.

Namun begitu, Malaysia bukan sahaja perlu berhadapan dengan China dalam soal pertikaian Laut China Selatan ini kerana terbaru Vietnam juga menunjukkan lagak seperti China dengan menuntut kawasan perairan milik Malaysia di Laut Borneo Utara.

Tindakan Vietnam itu nyata menimbulkan rasa tidak puas hati pihak kerajaan Malaysia dan pantas menyatakan bantahan terhadap tuntutan Vietnam itu.

Malaysia telah menghantar nota diplomatik kepada Vietnam untuk sebagai simbol bantahan pada awal Oktober 2024 namun tidak dibalas oleh Vietnam.

Hal ini menunjukkan Vietnam begitu serius dalam tuntutan itu walaupun Malaysia kini berdepan dengan ancaman kedaulatan selain daripada China pula.

Polemik Laut China Selatan Dikhuatiri Menjejaskan Hubungan Sesama Negara Anggota ASEAN

Pertubuhan ASEAN yang sepatutnya berperanan dalam menyatakan semua negara di Asia Tenggara dalam soal ekonomi, budaya dan keselamatan dilihat akan berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerukunan sesama negara anggota.

Sebelum ini negara anggota ASEAN seperti Laos dan Kemboja bersikap menyebelahi China dalam soal Laut China Selatan atas sebab limpahan kekayaan pelaburan oleh China di dua buah negara tersebut.

Kini Vietnam pula bersikap berani melanggar semangat ASEAN dengan menuntut wilayah peraiaran negara jirannya iaitu Malaysia.

Selain daripada masalah Laut China Selatan bersama Vietnam ini, Malaysia pernah mempunyai masalah dengan Vietnam dalam soal pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan Pantai Timur Malaysia.

Tindakan nelayan Vietnam ini telah mendatangkan kerugian kepada hasil ekonomi negara iaitu hasil laut yang bernilai tinggi milik Malaysia dicuri oleh mereka.

Persidangan ASEAN yang mengumpulkan negara-negara Asia Tenggara sepatutnya menjadi satu pertemuan untuk membawa suara yang sepakat mewakili ASEAN namun kini ia mungkin sukar direalisasikan memandangkan kini ada di antara mereka lebih mengutamakan hak mereka sendiri.

Hal ini akhirnya menjadikan isu ini sukar diselesaikan secara baik dan paling dikhuatiri adalah konflik antara negara Asia Tenggara bakal tercetus.

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap mempunyai hak untuk mempertahankan kedaulatannya daripada negara luar bagi memastikan sempadan negara kekal selamat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
gaji minimum graduan

Logikkah Gaji Minimum Graduan Dibayar Sebanyak RM3,000?

Next Post
gas ngv

Sudahlah Susah Dapat Pelanggan, Pemandu Teksi Pening Isu Gas NGV

Related Posts