Penyatuan ummah perlu diterjemah dalam dasar inklusif – Ir Ts Khoushaini, Naib Presiden BERJASA

Penyatuan ummah tidak wajar dilihat sebagai sekadar slogan politik, sebaliknya perlu dijadikan agenda pembinaan negara yang menuntut keikhlasan, kepimpinan berwibawa dan dasar yang konsisten.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Mohd Khoushaini Mohd Naim, berkata gagasan itu berpotensi melahirkan Malaysia yang aman, harmoni dan maju sekiranya dilaksanakan dengan betul.

“Penyatuan ummah merupakan asas penting dalam membina negara yang stabil, maju dan berdaulat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Bukan sekadar penyatuan politik

Menurutnya, dalam konteks Malaysia, usaha tersebut tidak harus difahami sebagai penyatuan politik orang Melayu-Islam semata-mata, sebaliknya perlu dilihat sebagai pengukuhan nilai bersama seperti keadilan, kebenaran, amanah dan kesejahteraan untuk semua rakyat.

Beliau berkata, sebagai negara majmuk, kekuatan dalaman umat Islam sebagai kelompok majoriti akan memberi kesan kepada kestabilan nasional secara keseluruhan, sekali gus mewujudkan suasana harmoni yang turut melindungi hak masyarakat bukan Islam.

“Inilah asas kepada negara yang dihormati di peringkat global dan menjadi contoh kepada dunia Islam serta masyarakat antarabangsa,” tambahnya.


Perlu diterjemah dalam dasar dan ekonomi

Mengulas lanjut, Khoushaini menegaskan penyatuan ummah perlu diterjemahkan melalui dasar dan tadbir urus yang berintegriti serta inklusif.

Katanya, kerajaan perlu memastikan dasar ekonomi, pendidikan dan sosial tidak meminggirkan mana-mana golongan, di samping memperkukuh kedudukan asas seperti Bahasa Melayu, institusi raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.

Pelaksanaan prinsip ini secara adil dan konsisten bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan umat Islam, malah meningkatkan keyakinan pelabur dan komuniti bukan Islam terhadap kestabilan negara,” tegasnya.

Dari sudut ekonomi, beliau berpandangan penyatuan ummah boleh menjadi pemangkin kepada pengagihan kekayaan yang lebih seimbang dan pengukuhan ekonomi domestik.

Dasar yang menekankan keusahawanan, penguasaan teknologi dan pengurangan kebergantungan kepada pihak luar akan membantu membina ekonomi yang lebih berdaya tahan,” katanya.


Kekuatan dalaman perkukuh kedaulatan

Tambahnya, kesatuan dalaman yang kukuh juga memberi kelebihan kepada negara dalam menentukan dasar luar secara lebih tegas dan bebas.

Negara yang bersatu tidak mudah dipengaruhi tekanan kuasa besar, sama ada dalam isu perdagangan, keselamatan atau tenaga.

Dengan sokongan rakyat, kerajaan mempunyai mandat moral yang lebih kuat untuk mempertahankan kepentingan nasional,” katanya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Nyawa rakyat Bukan statistik; kerajaan Gagal Menangani Pemandu Mabuk! – Hamdan Sharif, ketua Penerangan

Next Post

Keselamatan Makanan, Dasar Tenaga Perlu Jadi Keutamaan – Ir Ts Khoushaini, Naib Presiden BERJASA

Related Posts