IPOH – Wanita BERJASA Perak akan menganjurkan satu program “brisk walk” pada 11 November 2023 iaitu hari Sabtu ini sebagai satu tanda ataupun mesej solidariti kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa perang kejam di Gaza. Mereka berkata rakyat Palestin yang sedang berjuang dalam berhadapan kekejaman rejim Zionis amat memerlukan dukungan kuat daripada rakyat Malaysia.
Selain daripada “brisk walking”, aktiviti ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan sembang santai bersama peserta program. Untuk pengetahuan semua juga, program ini hanya akan dibuka penyertaan khusus untuk wanita dan kanak-kanak sahaja.
Ayuh beramai-ramai memeriahkan program ini yang akan bertempat di Kolam Takungan Sungai Pinji, Tanjung Rambutan. Program ini akan berlangsung pada waktu 7.45 pagi hingga 9.45 pagi dan peserta digalakkan untuk memakai pakaian yang bertemakan Palestin dan menutup aurat.