BERJASA Dan PN Sepakat Bincang Agenda Penyatuan Melayu

Kuala Lumpur – Satu pertemuan tertutup telah berlangsung antara BERJASA dan Perikatan Nasional (PN) pada hari semalam bertempat di Kuala Lumpur.

Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim, Timbalan Presiden BERJASA, Dato’ Rosli Ramli, Naib Presiden BERJASA, Haji Abdul Samad Ashaari dan Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya.

Wakil BERSATU pula terdiri daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Wartawan Gelombang BERJASA juga mengesan kehadiran Setiausaha Agung PAS iaitu Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan di dalam pertemuan yang berlangsung hampir satu jam tersebut.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim ketika ditemubual oleh kami berkata pertemuan bersama ahli kepimpinan PN ini tidak lebih daripada perbincangan agenda penyatuan Melayu.

Jelas beliau, BERJASA membawa tiga perkara penting dalam pertemuan ini iaitu keutamaan, keterbukaan dan kebersamaan.

“Saya mewakili BERJASA selaku presiden parti melihat ini satu peluang untuk kita membawa keutamaan dalam membincangkan soal penyatuan Melayu itu sendiri bersama parti-parti lain termasuk PN. Dalam soal keterbukaan dan kebersamaan pula, BERJASA terbuka untuk berbincang secara bersama dan bertolak ansur bersama parti lain sehingga mampu meluaskan kebersamaan demi kepentingan bangsa Melayu”, tegas beliau.

Apabila disoal dengan terperinci soal agenda penyatuan Melayu itu, beliau menjelaskan bahawa ia penting untuk dibincangkan bersama semua pihak bagi mengingatkan kepada kerajaan bahawa pengundi Melayu memegang deposit undi yang terbesar di Malaysia.

Jelas beliau, BERJASA dan PN komited dalam membincangkan penyatuan Melayu ini dapat menjadi tonggak kepada bangsa Melayu itu sendiri sehingga mampu memayungi bangsa-bangsa lain dengan penuh sejahtera tanpa mengetepikan hak-hak mereka yang telahpun termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jom Sertai Korban BERJASA

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Tidak Mustahil Tsunami Melayu Mampu Tumbangkan Kerajaan

Related Posts