BERJASA Masih Relevan Walaupun Tidak Bertanding Dalam PRN

Bangi – Desas-desus mengenai kedudukan parti BERJASA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang telah terjawab apabila Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim mengatakan bahawa BERJASA tidak akan meletakkan calon dan bertanding pada PRN nanti.

Tindakan ini dibuat bagi mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu yang kini dibahagikan kepada dua blok besar yang berbeza iaitu Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Namun tegas beliau kepada pihak media, ini tidak bermakna parti itu tidak relevan sebagai sebuah parti politik kerana tidak mengambil bahagian di dalam PRN.

Tegas beliau, memang benar BERJASA merupakan sebuah parti lama yang telah ditubuhkan dan mula mendapat nafas baharu setelah dijenamakan semula maka parti ini perlu mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil.

“Mengatakan parti BERJASA sudah tidak relevan dalam kancah politik tanah air adalah tidak tepat sama sekali kerana parti ini baharu sahaja dalam fasa untuk dibina semula setelah lama menyepi dan ‘senyap'”.

“Dalam fasa sekarang BERJASA ingin memfokuskan sepenuhnya kepada pembinaan akar umbi di seluruh Malaysia dan alhamdulillah buat masa sekarang sudah banyak cawangan parti telah ditubuhkan di setiap negeri”.

Tambah beliau lagi, BERJASA telah menetapkan sekurang-kurangnya tempoh lima tahun bermula daripada tahun ini bagi melihat hasil yang besar bakal diperoleh akan datang.

Beliau ditemui ketika mengadakan sidang media khas sempena PRN 2023 yang bakal menjelang tiba termasuk pelancaran kempen Melayu Turun Undi sempena PRN ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain

KKM Perlu Pantau Rapat Jualan Peranti vape

Next Post

BERJASA Masih Berhubung Baik Bersama Tun M

Related Posts