Benarkah DAP Junjung Perlembagaan?

Ketua Penerangan BERJASA. Mohd Hamdan

Shah Alam – Tular di media sosial yang memaparkan peta LRT Pulau Pinang yang ditulis dalam bahasa Mandarin sehingga mendapat kecaman ramai pihak.

Paparan peta tersebut yang menulis beberapa lokasi tempat dengan menggunakan bahasa Mandarin menggambarkan seolah-olah bahasa Melayu sudah tiada nilai lagi di negeri Pulau Mutiara tersebut. Ini membangkitkan persoalan tentang nilai dan kedudukan bahasa Melayu di sana sedangkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia dan dijamin Perlembagaan.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif tampil mempersoalkan kerelevanan penggunaan bahasa Mandarin di peta LRT tersebut sedangkan komposisi masyarakat Pulau Pinang adalah majmuk yang terdiri daripada kaum Melayu dan India selain daripada Cina. Bagi beliau, kata-kata DAP yang ingin menjunjung perlembagaan dan menghormati hak orang Melayu sebagai kaum majoriti di Malaysia adalah dusta dan hipokrit semuanya.

Pendirian DAP yang konsisten ingin memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia sudah boleh diduga daripada awal walaupun telah menjalinkan kerjasama bersama UMNO dalam membentuk kerajaan perpaduan. Hasilnya, mereka konsisten melaksanakan beberapa perkara yang jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Komitmen DAP untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan boleh dipersoal kerana mereka secara terus-menerus menyatakan bantahan kepada penggunaan tulisan Jawi di papan tanda dan masih mempertahankan kewujudan sekolah vernakukar yang jelas menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di peringkat awal”.

“Jadi kenyataan DAP yang mengatakan mereka menghormati Perlembagaan Persekutuan ini ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja kerana baru-baru ini juga tular penggunaan tulisan Mandarin di peta LRT yang akan dilakukan di Pulau Pinang. Maka secara jelasnya mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan seperti yang diperkatakan selama ini”, jelas beliau.

Tambah beliau, DAP yang kini menjadi kerajaan sepatutnya lebih jelas untuk membawa negara ke arah satu identiti yang jelas bukannya mencampur-adukkan semuanya sehingga menampakkan Malaysia tidak mempunyai satu identiti yang utama.

“BERJASA amat kesal dengan isu ini kerana menampakkan kedudukan bahasa Melayu mudah diremehkan dengan begitu sahaja. Harapan BERJASA untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara watan dan beridentiti nasional berteraskan Melayu dan Islam sebagai tunjang utama tidak akan terpadam selagi kita masih belum memperoleh satu identiti yang jelas untuk negara ini”, tegas beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pemuda BERJASA, Meor Azim

Identiti UMNO Telah pudar

Next Post

Menteri Ekonomi, Cukuplah Salahkan Rakyat

Related Posts