Kapar – Cuti sekolah sudah pun tiba iaitu selama 4 minggu maka Wanita BERJASA Bahagian Kapar mengambil satu inisiatif dengan menganjurkan program Kem Al-Quran Cuti-Cuti Anak Watan.
Program yang dilangsungkan selama lima hari ini telah memberi peluang kepada anak-anak mendekati untu Al Quran dengan cara menghafaz dan mentadabbur ayat-ayat terpilih di dalamnya.
Dimulai dengan Surah Al Masad iaitu kisah Abu Lahab sebagai ‘influencer’ zaman Rasulullah SAW, beralih kepada Surah Yusuf iaitu kisah Nabi Yusuf dan ditutup dengan Surah Al Qadr iaitu kisah Malam Lailatul Qadar sempena mendekati Bulan Ramadhan.
Ustazah Noriah yang merupakan pengisi untuk program ini sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa kanak-kanak yang hadir ketika bahawa anak-anak adalah amanah dari Allah. Kita akan disoal di akhirat nanti berkaitan tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Hantarlah anak ke program-program bermanfaat seperti Cuti-Cuti Anak Watan agar masa anak-anak diisi dengan aktiviti berfaedah dan menambah ilmu.
Wanita BERJASA Bahagian Kapar mengulangi pendirian mereka untuk memperbanyakkan lagi program sebegini pada masa akan datang bagi meneruskan agenda BERJASA untuk melahirkan dan membina pemimpin masa depan negara yang terbilang.