PRN Negeri Sembilan: BERJASA Rasmi Bertanding di Nilai, Ustaz Zamani Calon Nombor 1

prn negeri sembilan
prn negeri sembilan

SEREMBAN, 18 JulaiPresiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim, hari ini sah bertanding bagi kerusi N.10 DUN Nilai selepas selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Majlis Bandaraya Seremban.

Beliau disahkan sebagai Calon Nombor 1 pada kertas undi bagi kerusi tersebut.

Pengarah Pilihan Raya BERJASA Negeri Sembilan, Mohd Fauzi Mohd Bashir, berkata proses penamaan calon berjalan lancar dengan kehadiran jentera serta penyokong parti yang memberikan sokongan sejak awal pagi.

BERJASA merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera, petugas dan penyokong yang hadir bagi memberikan sokongan sepanjang proses penamaan calon berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tanding atas dasar prinsip

Menurut Fauzi, keputusan BERJASA untuk bertanding di DUN Nilai dibuat berasaskan prinsip perjuangan parti serta tanggungjawab menawarkan pilihan kepada pengundi.

Beliau berkata kerusi majoriti Melayu itu tidak pernah menampilkan calon Melayu-Islam pada pilihan raya sebelum ini, justeru BERJASA melihat keperluan untuk mengemukakan seorang calon Muslim yang berwibawa.

Katanya, BERJASA menawarkan calon Melayu-Islam serta ingin menggalakkan lebih ramai pengundi Melayu keluar mengundi.

Kekal hormati penyatuan ummah

Dalam pada itu, Fauzi menegaskan penyertaan BERJASA di Nilai tidak mengubah pendirian parti yang konsisten menghormati agenda penyatuan ummah.

Beliau berkata BERJASA tidak bertanding di kerusi yang ditandingi calon Melayu BN, PAS atau Wawasan.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen BERJASA untuk mengelakkan pertandingan yang boleh memecahkan sokongan di kawasan yang telah mempunyai calon Melayu,” katanya.

Kempen rumah ke rumah

Fauzi berkata jentera BERJASA akan menemui pengundi secara langsung sepanjang tempoh kempen 14 hari.

Menurutnya, jentera parti akan bergerak dari rumah ke rumah bagi menyampaikan mesej perjuangan BERJASA secara santun dan beradab.

Beliau menyeru seluruh pengundi DUN Nilai menunaikan tanggungjawab mengundi pada 28 Julai atau 1 Ogos 2026.

Fauzi berharap slogan “Nilai Perlukan Politik Baharu” dan “No. 1 untuk Zamani” menjadi mesej perubahan buat pengundi Nilai.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
prn n9

PRN Negeri Sembilan: BERJASA Bertanding di DUN Nilai, Mahu Beri Pilihan Calon Melayu kepada Pengundi

Related Posts