Utamakan Isu Kebajikan Demi Pembangunan Murid – Azliza Rajiain

Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain

Bangi – Sesi pertama persekolahan 2023 telah pun bermula pada 20 Mac 2023. Segala isu berkaitan persediaan masuk sekolah daripada isu harga tambang bas yang meningkat sehinggalah isu harga pakaian seragam sekolah yang melambung tinggi telah pun diharungi oleh ibu bapa.

Kos keperluan persekolahan yang naik secara mendadak amat mengesani banyak keluarga terutama golongan B40 yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Kebajikan murid-murid yang datang daripada keluarga ini perlu diberi lebih tumpuan.

Persoalannya, adakah kebajikan murid-murid terutama daripada keluarga golongan B40 ini benar-benar diambil peduli oleh pihak kerajaan?

Adakah pertukaran kerajaan menjadi alasan dan masing-masing lepas tangan dengan menuding jari antara satu sama lain?

Kerajaan Madani menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa untuk meneliti keperluan murid yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan serta terjejas dengan bencana alam.

Segala inisiatif bantuan yang dirancang perlu disalurkan secara menyeluruh kepada murid-murid di semua negeri tanpa membezakan latar belakang politik negeri tersebut.

Isu kebajikan murid yang tercicir kesan penutupan sesi persekolahan akibat pandemik lalu juga perlu diselesaikan dengan segera. Pudarnya minat untuk belajar atas faktor kesempitan hidup perlulah diatasi dengan lebih strategik agar modal insan yang berkualiti dapat dibangunkan.

Pemudi BERJASA menggesa isu ini diselami dengan bersungguh-sungguh mengikut kaca mata rakyat yang mengharapkan nasib mereka terbela dan kebajikan terjaga.

Kita membayangkan dalam tempoh 20 tahun lagi, murid-murid yang sedang berada dalam pengajian sekolah kebangsaan akan meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi dengan peratusan yang lebih baik. Mereka adalah modal insan terbaik untuk memimpin Malaysia menjadi sebuah negara unggul dan menjadi rujukan seluruh dunia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
MISI BANJIR BERJASA

Banjir Batu Pahat Berpunca Daripada Masalah Saliran Air

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Jangan Cemari Ramadhan Dengan Festival Gay – Fahmi Bazlan

Related Posts