Bajet 2023: Peruntukkan Juga Untuk Tanah Rizab Melayu – Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Bangi – Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim baru-baru ini dalam kenyataannya nyata kecewa dengan pendirian kerajaan yang tidak memasukkan pengukuhan tanah rizab Melayu di dalam pembentangan Bajet 2023.

Beliau berkata isu pengembalian semula hak tanah rizab Melayu yang hilang sepatutnya dipandang serius oleh kerajaan kerana tanah rizab Melayu termaktub di dalam Perlembagaan.

“Apa salahnya kerajaan memperuntukkan bajet untuk membeli semula tanah rizab Melayu yang telah hilang?”

“Saya lihat mana-mana Menteri Kewangan daripada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan itu tidak ada yang melihat perkara ini secara serius untuk dimasukkan di dalam belanjawan negara”.

Tambah beliau, ketiadaan ‘political will’ dalam kalangan ahli politik menyebabkan isu ini hanya dipandang sepi tanpa diambil apa-apa tindakan yang wajar daripada kerajaan.

Jika kerajaan ingin berpendapat bahawa isu ini tidak serius, mengapa rizab tanah Melayu kini hanya tinggal 12 peratus sahaja berbanding 50 peratus pada tempoh yang terdahulu?

Beliau mengulangi pendiriannya dengan mengatakan bahawa kerajaan perlu memperuntukkan bajet untuk membeli tanah yang terbiar dan dijadikan sebagai tanah rizab Melayu bagi menggantikan tanah rizab Melayu yang telah hilang.

Statistik terkini menunjukkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus sahaja berbanding 50 peratus suatu ketika dulu.

Terbaharu, terdapat laporan yang mengatakan lebih 3,000 hektar tanah rizab Melayu hilang di Perak.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Sejauh Mana Cukai Atas Orang Kaya Berkesan? – Ir Ts Lukman

Next Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff

Bangunkan 3 Sektor Untuk Ekonomi Lebih Baik – Mohd Hamdan

Related Posts