Jangan Politikkan Isu Air Kelantan

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Shah Alam – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menahan permintaan sebanyak RM8 billion daripada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan isu masalah air dilihat sebagai satu permainan politik yang menindas.

Alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat tindakan sedemikian kerana kononnya tidak bersetuju dengan angka tersebut dan menegaskan akan meneliti masalah tersebut sebaiknya, termasuk dari segi pengurangan kos.

Tambahan lagi, beliau membuat kenyataan seakan meragui ketelusan kerajaan negeri Kelantan untuk menguruskan dana tersebut yang akhirnya bertindak menahan permintaan dana tersebut.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan ketika dihubungi Gelombang BERJASA berkata, tindakan kerajaan berbuat sedemikian seakan cuba bermain isu politik dalam perkara melibatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Beliau menambah, kerajaan sebenarnya sudah jelas bahawa Kelantan hanya memerlukan kawasan atau tempat untuk menyimpan atau menampung bekalan air yang banyak itu kerana sumber air di Kelantan sudah pun mencukupi sehingga melebihi keperluan untuk kepenggunaan.

Kelantan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sumber air semula jadi, dan memerlukan eksploitasi sumber air dengan melakukan rawatan air yang telah digunakan.

Kekurangan yang berlaku adalah loji dan pusat rawatan tidak mampu utuk menampung permintaan dan kapasiti yang ada sehingga berlaku kegagalan merawat dan menjadi punca kepada air kuning hitam dan sebagainya.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya berjiwa besar untuk memberikan kelulusan tanpa syarat kepada Kelantan sebagai bukti bahawa beliau yang selama ini menggunakan isu diskriminasi kerajaan UMNO/BN menindas Kelantan untuk memenangi hati rakyat sehingga digelar bapa reformasi”.

“Dalam bayak ucapan ketika bersama PAS dalam Pakatan Rakyat beliau adalah pejuang keadilan dan berjanji membantu Kelantan, memberikan keadilan dengan menyalurkan dana dan memastikan hak royalti kembali dinikmati oleh rakyat kelantan tetapi hari ini apa yang berlaku adalah sebaliknya”.

“Dengan projek-projek yang banyak sedang berjalan dan pelbagai infrastruktur yang perlu dibangunkan untuk isu air di Kelantan selesai, RM8 billion itu sebenarnya tidak cukup kerana masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini telah berlaku sejak puluhan tahun lalu lagi,” jelas beliau kepada Gelombang BERJASA.

Tegas beliau, yang pasti isu ini sudah lama berlarutan kerana campur tangan politik yang sangat ketara berlaku di kedua-dua belah pihak.

Tidak mustahil yang menjadi puca kepada kemelut ini adalah masing-masing mempunyai kepentingan dan gagal dalam toleransi mengutamakan keperluan rakyat kelantan berbanding berebut-rebut untuk keuntungan dan kekayaan peribadi baik di peringkat kerjaan negeri Kelantan atau persekutuan.

Sebelum ini, Dato’ Seri Tuan Man Tuan Ibrahim selaku Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian melaporkan sebanyak 33 projek bekalan air sedang dan akan dilaksana dari sekarang sehingga tahun 2025.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam masa yang sama mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Pelajar Praktikal Tiada Elaun: Mengapa Lama Untuk Diambil Tindakan Penyelesaian?

Next Post

Lim Kit Siang : Wajar Lupakan Agenda Malaysian Malaysia – Presiden BERJASA

Related Posts