Sejauh Mana Cukai Atas Orang Kaya Berkesan? – Ir Ts Lukman

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Bangi – Pengenalan cukai ke atas orang kaya telah mendapat reaksi yang berbeza daripada kalangan rakyat.

Majoriti pihak melihat ini sebagai satu peluang kepada kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan dalam kalangan rakyat. Ada juga pihak yang melihat ia sebagai satu sumber pendapatan untuk kerajaan yang sebelum ini kehilangan pendapatan yang begitu banyak selepas pemansuhan cukai GST.

Namun, Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim berpendapat sebaliknya dalam melihat pengenalan cukai yang baharu ini.

Belia ketika bersiaran langsung pada Rabu lepas di segmen Podcast Rakyat bertajuk Belanjawan 2023: Selesai Ke Masalah Rakyat? berkata, memang benar cukai ini mampu membantu sedikit sebanyak untuk merapatkan jurang pendapatan ataupun jurang kekayaan namun keberangkalian isu memindahkan harta ke luar negara juga tinggi.

Tegas beliau, kerajaan sekarang tidak menampakkan lagi usaha untuk membanteras isu golongan yang lari cukai ataupun tidak mengisytiharkan harta dengan jujur.

“Sekarang ini kita boleh kata ya betul semua orang termasuk golongan kaya perlu membayar cukai pendapatan kerana ia termaktub di dalam undang-undang yang kita tidak boleh elak”.

‘Tetapi bagaimana pula jika golongan T20 ini tidak mengisytiharkan harta-hartanya yang lain? Selesaikan aspirasi kerajaan untuk mengatasi ‘wealth gap’ atau kesenjangan ekonomi jika golongan ini ada yang menyimpan wang atau harta di luar negara?”

“Sepatutnya kerajaan perlu melakukan tindakan yang seiring iaitu mengenakan cukai kepada golongan T20 dan menguatkuasakan undang-undang pengisytiharan harta”, tambah beliau.

Terdahulu, kerajaan di dalam pembentangan Bajet 2023 telah memperkenalkan cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga dua peratus.

Podcast Rakyat boleh disaksikan di Youtube dan Facebook Unggul TV secara siaran langsung dengan menampilkan beberapa panelis daripada pemimpin BERJASA untuk mengupas isu-isu nasional.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
JKP Pemuda BERJASA, Meor Azim

KWSP: Kerajaan & Rakyat Perlu Mainkan Peranan Bersama – Meor Azim

Next Post
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Bajet 2023: Peruntukkan Juga Untuk Tanah Rizab Melayu – Zamani Ibrahim

Related Posts