Shah Alam – Di dalam sidang Parlimen sebentar tadi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata negara tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada tahun ini.
Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan takrifan kegawatan atau kemelesetan ekonomi secara teknikal apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut.
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan melihat ini sebagai satu peluang kepada kerajaan dalam membangunkan tiga sektor terpenting jika benar negara tidak mengalami kegawatan ekonomi tahun ini.
Beliau menggariskan tiga sektor yang perlu diberikan tumpuan iaitu sektor perkhidmatan atas talian, sektor teknologi komunikasi maklumat, serta sektor perkhidmatan kesihatan dan hospitaliti.
Pada beliau, sektor perkhidmatan atas talian ini mempunyai potensi untuk berkembang dan dibangunkan memandangkan ia telah mendapat sambutan sejak wabak COVID-19 sehingga ke hari ini atas sebab penjimatan kos, pengurangan tempoh masa pergerakan.
Bagi sektor teknologi komunikasi maklumat pula, beliau menegaskan seeloknya ia diperluaskan kepada sektor kerajaan dan swasta agar manfaat bersama boleh diperloleh seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pengkomputeran awam (AI).
“Dengan wujudnya penyedia perkhidmatan infrastruktur teknologi ini di Malaysia seperti Telekom Malaysia, AWS,Microsoft dan Google, ia mampu memacu pemain industri untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan meningkatkan keuntungan sekaligus membawa limpahan ekonomi”.
Selain itu, beliau sempat menyarankan kerajaan agar terus memantapkan sektor perkhidmatan kesihatan dan hospitaliti.
“Industri ini akan terus berkembang pesat sejajar dengan perkembangan bilangan rakyat Malaysia, perkembangan peranti dan teknologi kesihatan, penambahan kepakaran, dan dan ekosistem kesihatan yang baik di Malaysia berupaya menarik pesakit dari luar negara untuk mendapatkan rawatan di Malaysia”.
“Bukan itu sahaja malahan industri berasaskan hospitaliti juga mampu berkembang pesat jika diberi perhatian dan pembangunan bersepadu merangkumi industri penerbangan, perhotelan, dan pengangkutan (penerbangan dan lain-lain).”
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sebelum ini mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia 2023 pada kadar 4.4 peratus dan 4 peratus. Jangkaan ini adalah selari dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global yang diunjur dengan lebih perlahan pada tahun ini