Tindakan Perlu Dikenakan Kepada Pemaju Projek LCS – Mohd Hamdan

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff

Shah Alam – Susulan perbahasan berkenaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dibahaskan di Parlimen semalam, BERJASA mengulangi pendirian agar jumlah LCS yang perlu disiapkan oleh kerajaan adalah sebanyak 6 buah bukannya 5 buah seperti yang dirancang oleh kerajaan.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan berkata sekiranya kerajaan benar-benar ingin mengurangkan jumlah tersebut kepada 5 buah maka apa yang terjadi kepada jumlah kos berbaki sebanyak RM1.5 billion yang diperuntukkan untuk setiap satu LCS? Persoalan ini sepatutnya yang diteliti secara terperinci oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat begitu jelas unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan kurangnya integriti daripada pihak pemaju. Kesannya, kerajaan terpaksa menanggung kos kerugian berbillion ringgit dan pemaju pula tidak dikenakan sebarang tindakan.

Beliau berkata, “Sepatutnya, sebarang kenaikan kos akibat kegagalan syarikat pemaju projek menyiapkannya pada jangka masa yang ditetapkan perlu ditanggung oleh pihak syarikat . Mengapa wang pembayar cukai, rakyat Malaysia perlu tanggung kecuaian dan ketirisan yang berlaku oleh pihak syarikat, juga pemimpin pada ketika itu?”.

Tambah beliau, beliau sedia maklum berkenaan kontrak LCS yang mempunyai banyak persoalan dan berat sebelah dan masih dalam siasatan dan mendesak kerajaan untuk bertegas dengan pemaju bagi menyiapkan 6 buah lCS seperti yang ditetapkan di dalam kontrak yang asal.

Dalam isu yang melibatkan keselamatan dan strategik negara ini, beliau menyeru agar semua rakyat bersama-sama mendesak kerajaan untuk telus di dalam isu ini walaupun sedar mungkin ada sebahagian pemimpin di dalam kerajaan kini yang terlibat di dalam skandal LCS ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Jangan Aniaya Pembeli PR1MA Rakyat B40 M40, Teliti Solusi Perumahan Rakyat – Mohd Hamdan

Next Post
Ketua Wanita BERJASA Johor. Puan Hajah Azizah

Kembalikan Pendidikan Berteraskan Nasional – Puan Hajah Azizah

Related Posts