Bahana Sekolah Vernakular, Kepentingan Bahasa Melayu Dipandang Ringan

sekolah vernakular

Kritikan seorang menteri dan sebahagian warganet terhadap tindakan DBKL yang menyerbu premis yang tidak memaparkan bahasa Melayu pada papan tanda telah mengundang persoalan mengenai kemenjadian sekolah vernakular.

Setelah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King melontarkan kritikan terhadap DBKL mengenai isu ini, makin galak warganet yang berjiwa kiasu mempersendakan operasi yang dijalankan DBKL ini sebagai satu isu kecil yang dibesarkan-besarkan sahaja.

Mereka dengan sinis mengatakan sepatutnya premis seperti MR DIY, Popular dan sebagainya dijenamakan kepada bahasa Melayu sedangkan nama-nama premis itu adalah nama khas bukannya nama am.

Berbeza jika kedai itu menggunakan bahasa Mandarin atau Tamil pada papan tanda premis dalam menerangkan produk jualan mereka yang mana ia jelas satu kesalahan.

Mereka ini seakan berada di dunia mereka sahaja dan tidak bercampur dengan kaum lain apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Pendirian golongan ini yang kuat mempertahankan sekolah vernakular telah menyebabkan mereka tidak begitu mementingkan bahasa Melayu sebagai identiti negara Malaysia.

Mustahil untuk mereka tidak bersikap begini jika mereka bersekolah di sekolah kebangsaan yang amat menekankan penggunaan bahasa Melayu dalam sesi pembelajaran dan pengajaran harian.

Bahasa Melayu Tidak Dianggap Penting Menampakkan Sisi Keburukan Sekolah Vernakular

Majoriti masyarakat Malaysia sememangnya sudah lama menyedari mengenai keburukan sekolah vernakular yang nyata tidak berjaya menyatu padukan kaum di negara ini.

Sekolah vernakular sebenarnya gagal menjadi ejen perpaduan yang terbaik kepada rakyat dan sepatutnya sudah lama dimansuhkan oleh kerajaan.

Sekolah vernakular tidak menjadikan ataupun mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar malahan digantikan dengan bahasa ibunda masing-masing.

Hal ini tidak menghairankan apabila murid-murid lepasan sekolah vernakular sebahagiannya tidak fasih untuk berbahasa Melayu malahan menganggap ia tidak penting sama sekali.

Kerajaan sebenarnya berkuasa untuk menentukan hala tuju pendidikan negara bagi memastikan pendidikan di negara ini sentiasa berada di landasan yang terbaik.

Namun atas sebab begitu sayang dengan kuasa masing-masing hingga takut akan kehilangan undi maka barah ini terus dibiarkan begitu sahaja.

Malaysia dan rakyatnya mungkin akan terus tenggelam dengan masalah kecelaruan identiti yang berpanjangan.

Kepelbagaian latar masyarakat yang ada pada rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh diubah namun menjadi satu keperluan untuk mereka semua ini disatukan dengan satu bahasa tunggal sahaja iaitu bahasa Melayu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tahun baru cina 2025

Malaysia Dipilih China Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025

Next Post
gunung batu kapur ipoh

Hilang Sudah Keindahan Gunung Batu Kapur Ipoh Akibat Ditarah Secara Haloba

Related Posts