Elaun Doktor On-Call: Berita Gembira Atau Sedih?

doktor on-call

BANGI – Pada Februari 2024, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sudah meneliti isu kenaikan elaun tugas atas panggilan (on-call) untuk doktor perubatan dan akan memberi pengumuman dalam masa terdekat katanya pada sidang akhbar, Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak.

Ustaz Zamani Ibrahim, Presiden Parti BERJASA berkata, “Pengumuman ini merupakan satu berita gembira kepada para doktor kerana mereka inilah yang bergelumang dan bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan negara semasa pandemik covid yang melanda dunia dan bekerja siang dan malam demi menyelamatkan pesakit”.

Menurut beliau lagi, pada Ogos 2024, Menteri Kesihatan pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara menyatakan kabinet telah meluluskan semakan semula elaun doktor perubatan yang bertugas atas panggilan (on-call) supaya dinaikkan daripada kadar elaun semasa. Namun, kadar elaun tersebut bagaimanapun dikatakan akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025.

Kemudian pada Oktober 2024, dalam pembentangan bajet, Perdana Menteri mengumumkan elaun tugas atas panggilan (on-call) dinaikkan diantara RM55 hingga RM65 kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem kerja baharu. Namun pengumuman ini tiada panduan yang jelas dinyatakan dari sudut pelaksanaan dan bila ia akan dilaksanakan.

Ustaz Zamani menyatakan kebimbangan apabila keluar pekeliling pada Januari 2025 berkaitan elaun tugas atas panggilan (on-call) ini, namun beliau dapati ramai doktor yang merungut kerana ada hari-hari mereka bekerja, mereka tidak layak untuk dapatkan elaun kenaikan ini kecuali hari-hari cuti.

“Ini bukan berita gembira tetapi perkara yang menyusahkan para doktor kita. Saya bimbang kerana kerajaan mampu memberikan penghargaan kepada sekolah persendirian China dimana Perdana Menteri membuat pengumuman diatas pentas yang jumlahnya sebanyak 21.6 juta. Mudah pula beri peruntukan? Bagaimana dengan doktor kita? Sepatutnya kita raikan sebaiknya doktor yang merupakan golongan bagi memastikan institusi kesihatan negara berada ditahap yang tinggi”

Ustaz Zamani memberi cadangan, “Bila doktor on-call, kita naikkan elaun doktor tersebut daripada RM80 kepada RM130 kadar kenaikkan sebanyak RM50. Sekiranya 169,696 orang doktor menuntut elaun sebanyak 6 kali oncall sebulan, setahun kerajaan hanya mengeluarkan duit tambahan sebanyak 362.5 juta sahaja. Tak banyak pun jumlah yang perlu diperuntukkan kerana doktor ini bergelumang siang malam dihospital, menteri-menteri kita bila malam tidur. Bila doktor on-call pula, siang bekerja malam berjaga menyelamatkan orang sakit, esok kerja lagi, apa salahnya kita raikan doktor on-call dengan hanya menambahkan 362.5 juta ini untuk mereka?”.

Menurutnya lagi, “Kerajaan mampu untuk menambah peruntukan ini kerana setahun keuntungan petronas sahaja mencecah 80.6 bilion. Kita lihat pula Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke luar negara, di China telah berlakunya 19 MOU dan dikatakan hasil MOU tersebut akan mengalir dana masuk ke negara kita sebanyak 74 bilion bermakna satu negara sahaja akan mengalir masuk 74 bilion. Sekarang negara kita telah melakukan MOU lebih daripada 10 buah negara. Jadi, mungkin hasil yang masuk ke negara berbilion-bilion ringgit. Tidak boleh ke dana yang masuk ke nagara kita ini, kita keluarkan sedikit sahaja untuk raikan doktor perubatan ini dengan mengangkat elaun mereka?”.

Tambah beliau, “Kalau sekolah persendirian China kita boleh raikan mengapa institusi kesihatan negara kita tidak boleh beri? Mereka inilah yang berkorban siang malam meninggalkan anak isteri dirumah demi menyelamatkan nyawa manusia. Saya menyarankan kerajaan menilai semula sekurang-kurangnya semua doktor asalkan buat on-call bagi panggilan pasif (di mana doktor hanya perlu bersedia di rumah) mereka layak mendapat elaun sebanyak RM130 sekali oncall”.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Akta Pembaharuan Bandar: bantu Orang Melayu?

Next Post

Beras Campuran Bukti Kerajaan Gagal?

Related Posts