Ayuh Bersama Noktahkan Tindakan Jahat Musuh Islam

PUTRAJAYA – Semua pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu teguh bersama dan bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini. Segala tindakan daripada orang Islam perlu digembleng bagi menoktahkan usaha jahat musuh Islam yang semakin berani mencabar agama Islam di Malaysia.

Demikian ucapan daripada Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim sewaktu berucap di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena Himpunan Munajat Selamatkan Syariah pagi tadi. Turut bersama beliau ialah beberapa pimpinan parti politik seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin daripada parti BERSATU dan Tuan Ibrahim Tuan Man daripada parti PAS.

Beliau berkata, isu ini semakin menjadi satu parah dan perlu diambil perhatian oleh semua orang Islam apabila wujudnya beberapa gerakan yang mula berani ingin mencabar undang-undang syariah.

“Hari ini kita berkumpul kerana bukan kali pertama agama Islam dicabar, bukan pertama kali syariat dipertikaikan tetapi sudah berulang-ulang kali agama Islam ini cuba dilecehkan. Kita berkumpul pada hari ini kerana kita tahu agama Islam dan undang-undang Islam adalah jantung kepada perjuangan kita dan kita mesti mempertahankannya”.

“Mari kita rancakkan perhimpunan ini dengan tunjukkan kesepaduan kita merentasi parti politik dan NGO bagi memastikan agenda jahat ini tidak berlaku lagi”.

“Jangan kita berpecah. Keutaman kita selepas ini adalah adakan perbincangan untuk mewujudkan titik kebersamaan. Kebersamaan ini lah yang mengumpulkan kita semua pada hari ini untuk menoktahkan agenda jahat musuh Islam di luar sana”, tegas beliau.

Beliau berkata lagi, kebersamaan semua pihak amat penting bagi menguatkan lagi suara umat Islam di negara ini bagi mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini.

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan menangguhkan kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, untuk memutuskan petisyen oleh seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Petisyen yang difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nas­tasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, adalah bagi mengisytiharkan 18 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat, berkata mahkamah akan menetapkan keputusan itu kemudian.

Beliau berkata demikian selepas selesai mendengar hujahan antaranya daripada peguam mewakili Sisters In Islam (SIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Majlis Peguam.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fahaman Liberal Dan Kegiatan LGBT Berkait, Berbahaya

Next Post

Hampir 1,000 Orang Berhimpun Di istana Kehakiman

Related Posts