HULU LANGAT – Sebahagian masyarakat di Malaysia kini semakin terbuka dan menerima agenda liberal dan LGBTQ yang secara terang-terangan menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia. Mereka mendakwa ideologi ini perlu diterima oleh ramai pihak dan menuduh pihak yang membantahnya sebagai perkauman dan sempit
Jawatankuasa Bahagian BERJASA Hulu Langat Ibrahim Sharkawi menegaskan keduanya mendatangkan bahaya kepada aqkdah umat Islam dan mengundang laknat Allah. Sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah Islam, semua pihak perlu menghormati sensitiviti orang Islam di negara ini.
“Faktor penyebab ialah modenisasi, pemikiran bebas dari Barat yang bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar. Liberalisme melahirkan amalan LGBT yang menurut kemahuan akal dan nafsu tanpa panduan agama”.
“Mereka cenderung dengan masalah seksual, lalu menjadi ‘super liberal‘ angkuh dan memaksa orang untuk mengiktiraf dan memenuhi permintaan mereka,” ujarnya.
Sebelum ini tular beberapa hari lalu mengenai rakaman perlakuan yang cenderung kepada LGBT melibatkan bekas pengarah agensi kerajaan. Video yang tular itu pantas mendapat kecaman ramai pihak yang mengatakan perlakuan tersebut merupakan tindakan luar tabi’i bagi seorang yang beragama Islam.