Apakah Akan Terjadi Selepas MAHB Diswastakan?

mahb

MAHB ataupun nama penuhnya Malaysia Airports Holdings Bhd sekarang sudah mula melalui proses untuk diswastakan melalui gabungan beberapa buah syarikat yang akan membentuk satu konsortium.

Setakat laporan yang terkini, Gateway Development Alliance (GDA) konsortium yang bercadang menswastakan MAHB kini memegang 75.73% daripada jumlah saham terbitan dalam syarikat pengendali lapangan terbang tersebut.

GDA yang terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Bhd, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan Rakan Infrastruktur Global (GIP) sudah memegang 70.1% di MAHB setakat 6 Januari.

Bursa Malaysia juga memaklumkan sejumlah 94.3 juta saham mewakili 5.65% kepentingan juga telah dipindahkan kepada penawar tetapi menunggu penerimaan dokumen.

Hal ini bermaksud GDA telah memegang 75.73% daripada jumlah saham terbitan dalam MAHB dan dalam masa yang sama juga konsortium ini telah melanjutkan masa serta tarikh tutup untuk penerimaan tawaran pengambilalihannya kepada 5 petang pada 17 Januari 2025 daripada 8 Januari 2025.

Selepas penswastaan selesai dilakukan, Khazanah akan memiliki 40% daripada MAHB manakala KWSP akan memegang 30% dan ADIA dan GIP baki 30%.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku terhadap MAHB selepas penswastaan dilakukan dan adakah ia akan membawa kepada kebaikan ataupun sebaliknya?

MAHB Swasta: Selamat Atau Tidak?

Ramai pihak yang meluahkan ketidakpuashatian apabila mendapat laporan awal bahawa MAHB akan diswastakan dan dilibatkan sekali entiti asing sebagai pemegang saham.

Mereka mendakwa hal ini akan menyebabkan syarikat milik negara ini hilang kedaulatannya sebagai aset kerajaan malahan timbul juga kekhuatiran bahawa pintu masuk utama negara akan dikawal oleh pihak asing setelah firma asing diberikan pegangan saham di dalamnya.

Kekhuatiran ini ada munasabahnya memandangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di bawah MAHB dan merupakan pintu masuk utama untuk mana-mana warganegara asing masuk ke Malaysia.

Namun demikian, kerajaan mengulangi komitmennya dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin walaupun penswastaan MAHB dilakukan.

Dalam sisi yang positif pula, penswastaan ini dapat meningkatkan lagi kualiti infrastruktur dan perkhidmatan lapangan terbang.

Konsortium berhasrat untuk melabur di dalam penambahbaikan infrastruktur, perkhidmatan penumpang dan ketersambungan syarikat penerbangan untuk memulihkan kedudukan KLIA sebagai hab serantau.

Hal ini dapat dilihat melalui perancangan MAHB untuk memperbesarkan lagi KLIA dengan membina satu lagi terminal baharu bagi menampung kapasiti jumlah penumpang yang semakin meningkat.

The Star juga memaklumkan bahawa projek pembesaran jangka panjang ini termasuk projek peningkatan secara berperingkat untuk KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA Terminal 2 (T2).

Bukan itu sahaja malahan MAHB juga merancang untuk membina dua terminal baharu iaitu terminal premium dan persendirian (PPT) serta terminal khas untuk jemaah haji dan umrah.

Hal ini menunjukkan bahawa penswastaan ini dapat memberikan langkah positif untuk memajukan KLIA pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, hubungan GIP dengan Black Rock perlu dijawab secara telus oleh kerajaan memandangkan tidak mungkin GIP tidak akan mempunyai sebarang aset atau aktiviti yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan Israel.

Sebelum ini juga parti BERJASA pernah membantah tindakan kerajaan membenarkan pemilikan saham MAHB dimiliki oleh Black Rock memandangkang firma pelaburan terbesar ini mempunyai pelaburan di syarikat yang membekalkan senjata kepada tentera Israel.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pelarian rohingya

Malaysia Masih Dihantui Dengan Masalah Pelarian Rohingya

Next Post
hsr

Anwar Tegaskan Projek HSR Boleh Diteruskan Jika Dibiayai Swasta Sepenuhnya

Related Posts