Malaysia Masih Dihantui Dengan Masalah Pelarian Rohingya

pelarian rohingya

Sudah memasuki tahun 2025 namun hingga kini Malaysia masih dihantui dengan masalah pelarian Rohingya yang datang ke Malaysia melalui jalan laut secara haram.

Sumber media tempatan seperti Berita Harian melaporkan bahawa kira-kira 200 etnik Rohingya telah mendarat di Langkawi baru-baru ini dengan menaiki tongkang.

Hasil sumber daripada beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh rakyat tempatan, pelarian yang datang ini terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi kecil.

Isu berkenaan pelarian Rohingya ini sudah lama dibangkitkan sejak 2014 lagi hinggakan saban tahun berita mengenai pendaratan etnik di Malaysia sentiasa dilaporkan oleh media.

Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara yang kerap menjadi sasaran pelarian Rohingya dan dua buah negara ini menerima ramai sangat pelarian Rohingya.

Sebelum ini mereka sudah pun ditempatkan di kem pelarian Cox Bazaar, Bangladesh namun mereka berdegil untuk menuju ke Malaysia dan Indonesia atas alasan untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Malaysia Perlu Bertegas Selaku Pengerusi ASEAN 2025 Bawa Isu Pelarian Rohingya

Tahun 2025 akan menyaksikan Malaysia diberikan tanggungjawab untuk menjadi Pengerusi ASEAN.

Selain daripada memfokuskan kepada soal pembangunan ekonomi ASEAN dan keamanan di rantau Laut China Selatan, Malaysia juga sepatutnya menggunakan peluang ini untuk bertegas dalam membawa isu pelarian Rohingya ini.

Negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara sering mengambil sikap tidak mahu bertanggungjawab dalam menerima pelarian ini.

Kerajaan Myanmar malahan tidak mahu bertanggungjawab terhadap pelarian ini hinggakan tidak mengaku mereka ini adalah rakyat Myanmar.

Isu ini mungkin boleh diselesaikan dengan semua negara anggota ASEAN bersikap tegas terhadap Myanmar untuk menyelesaikan masalah konflik di Rakhine dengan kadar segera.

Pergolakan politik dalaman Myanmar nyata memberikan masalah kepada negara jirannya terutama Malaysia dan Indonesia kerana terpaksa menanggung masalah ketibaan etnik ini di negara mereka.

ASEAN dikenali dengan kebijakan diplomasinya terhadap negara anggota maka isu ini sebenarnya boleh diselesaikan jika semua negara anggotanya termasuk Myanmar mengambil langkah serius untuk menyelesaikannya secara bersama.

Semestinya kali ini ia menjadi cabaran besar kepada Malaysia untuk menunjukkan kemahiran diplomasinya sehingga dipandang tinggi oleh negara anggota yang lain.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
virus hmpv

Apa Itu Virus hMPV Dan Cara Pencegahannya

Next Post
mahb

Apakah Akan Terjadi Selepas MAHB Diswastakan?

Related Posts