Masalah Teknikal LRT Berulang: BERJASA Gesa Anthony Loke Letak Jawatan, Reformasi Sistem Pengangkutan Negara

teknikal lrt
teknikal lrt

JOHOR BAHRU, 3 Jun 2026 — BERJASA menyifatkan insiden tren tergelincir yang berlaku baru-baru ini sebagai manifestasi kegagalan sistemik dalam pengurusan pengangkutan negara dan menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan.

Naib Presiden BERJASA, Hamdan Sharif berkata, insiden tersebut bukan lagi boleh dianggap sebagai kes terpencil, sebaliknya mencerminkan kelemahan berterusan dalam aspek penyelenggaraan, pemantauan dan kepimpinan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Rakyat semakin hilang keyakinan apabila masalah demi masalah terus berulang tanpa penyelesaian yang benar-benar menyeluruh. Menteri tidak boleh hanya tampil selepas krisis berlaku, sebaliknya perlu memastikan kegagalan dapat dicegah sebelum rakyat menjadi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden LRT Berulang: Persoal tindakan selepas ‘krisis’

Menurut Hamdan, tindakan pantas MOT dalam isu tren tergelincir menimbulkan persoalan kerana tidak konsisten sebegini dalam isu lain.

Katanya, kerajaan tidak boleh sekadar bertindak selepas berlakunya kegagalan sedangkan masalah yang sama terus berulang dalam pelbagai sektor pengangkutan.

Apabila sesuatu insiden berlaku, barulah tindakan diumumkan. Namun persoalan yang lebih besar ialah mengapa kegagalan tersebut tidak dapat dicegah sejak awal,” katanya.

Gangguan rel LRT dan projek tertangguh

Hamdan turut membangkitkan beberapa isu yang menurutnya menggambarkan kelemahan pengurusan sektor pengangkutan sepanjang tempoh pentadbiran semasa.

Beliau merujuk kepada gangguan berulang KLIA Ekspres dan sistem rel bandar yang menyebabkan ribuan pengguna terkandas.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kelewatan projek LRT3 yang disifatkan sebagai projek penting bagi meningkatkan mobiliti rakyat khususnya di Selangor.

Menurutnya, kelewatan projek itu menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan perancangan dan pelaksanaannya.

Isu lapangan terbang dan keselamatan jalan raya

Hamdan turut membangkitkan isu pengurusan lapangan terbang yang sering menerima rungutan berkaitan kesesakan dan kemudahan yang kurang memuaskan..

Beliau berkata keadaan itu boleh menjejaskan rakyat serta imej negara di mata pelancong dan pelabur.

Dalam masa sama, beliau berkata isu keselamatan jalan raya memerlukan perhatian lebih serius, terutama pemanduan mabuk dan kemalangan kenderaan berat.

Rakyat masih menunggu reformasi yang benar-benar berkesan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya,” katanya.

Dakwa fokus kementerian MOT tersasar

Hamdan mendakwa Menteri Pengangkutan lebih kerap terlibat dalam polemik politik berbanding memberi tumpuan kepada isu pengangkutan.

Beliau berkata kementerian perlu mengutamakan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dan kebolehpercayaan perkhidmatan.

Rakyat berhak menilai prestasi menteri

Sehubungan itu, Hamdan berkata rakyat berhak membuat penilaian terhadap prestasi kepimpinan kementerian selepas pelbagai insiden gangguan, kelewatan dan kegagalan operasi yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas begitu banyak episod kegagalan dan gangguan yang berlaku, persoalan yang wajar ditanya ialah sama ada Anthony Loke masih mempunyai mandat moral dan keupayaan untuk terus memimpin kementerian yang begitu kritikal kepada keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kepimpinan sesebuah kementerian bukan sekadar bertanggungjawab mengurus krisis apabila ia berlaku, tetapi perlu memastikan sistem yang dipimpin berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kegagalan berulang pada masa hadapan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
plan malaysia

PLAN Malaysia: BERJASA beri amaran kepada DAP, kerajaan Selangor berhubung isu garis panduan rumah ibadat

Related Posts