Kesatuan Politik Melayu-Islam Kunci Pertahankan Hak dan Kepentingan Umat – Azrin Samsudin, BERJASA Shah Alam

suara melayu islam
suara melayu islam

SHAH ALAM, 23 Jun — Penyatuan suara dan kekuatan politik Melayu-Islam perlu dijadikan agenda utama bagi memastikan kepentingan agama, bangsa dan negara terus terpelihara dalam landskap politik semasa.

Ustaz Azrin berkata perpecahan Melayu-Islam melemahkan kedudukan mereka serta menyukarkan usaha mempertahankan hak umat Islam.

Penyatuan Melayu-Islam Perlu Menjadi Keutamaan

Menurut beliau, masyarakat Melayu mengharapkan wadah politik yang menyatukan pelbagai kelompok, bukan meneruskan perpecahan.

“Kita mahu rakyat melihat orang Islam tidak bersepah dan tidak berpecah. Penyatuan umat Islam penting bagi mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya ketika berucap dalam satu program Ceramah Perpaduan Ummah di Shah Alam.

Beliau berkata, terdapat perkembangan positif ke arah penyatuan beberapa parti yang berkongsi aspirasi sama, khususnya dalam memperjuangkan agenda Melayu-Islam.

Kerjasama Politik Demi Masa Depan Umat

Ustaz Azrin berharap lebih banyak parti Melayu-Islam bergabung di bawah satu payung demi memperkukuh kekuatan politik

Katanya, usaha itu bagi memastikan suara majoriti umat Islam diterjemahkan dalam dasar dan pentadbiran negara.

“Harapan kita agar semua pihak yang berkongsi matlamat sama dapat bergerak sehaluan demi umat Islam dan Melayu”, ujarnya.

Hak Melayu-Islam Perlu Terus Dipertahankan

Katanya, isu tanah, hak Bumiputera dan kedudukan Islam penting kepada masa depan Melayu-Islam.

Beliau menegaskan Melayu perlu berperanan aktif mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kita mahu memastikan hak masyarakat majoriti serta kedudukan Islam terus dipelihara,” katanya.

Rakyat Mahukan Kepimpinan Yang Membela Kepentingan Mereka

Beliau berkata rakyat kini menilai kemampuan parti politik menangani kos sara hidup, pekerjaan dan kebajikan.

Beliau berkata, sokongan rakyat bergantung kepada kemampuan sesebuah gabungan mentadbir dengan baik

“Kita perlu membuktikan kemampuan memimpin dan menjamin masa depan Malaysia yang lebih baik.”, katanya.

Seruan Memperkukuh Rohani dan Doa

Pada masa sama, Ustaz Azrin mengingatkan penyokong agar tidak hanya menumpukan kepada usaha politik semata-mata, sebaliknya memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah, doa dan pengimarahan masjid.

Beliau berkata, kemenangan dan kejayaan perjuangan tidak hanya bergantung kepada strategi politik, tetapi juga kepada kesungguhan umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Kitalah yang memperjuangkan Islam, maka kitalah yang sepatutnya memenuhkan masjid-masjid, memperbanyakkan doa dan munajat agar Allah SWT memberikan kekuatan serta kejayaan kepada perjuangan ini,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh penyokong dan masyarakat Melayu-Islam agar terus memperkukuh kesatuan serta mengenepikan perbezaan kecil demi mencapai matlamat yang lebih besar untuk masa depan agama, bangsa dan negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
prn negeri sembilan

Pilihan Raya Negeri Sembilan: BERJASA siap siaga gerakkan agenda penyatuan Melayu melalui medan pilihan raya

Related Posts