Apa Akan Berlaku Pada Malaysia Apabila Memanfaatkan Unsur Nadir Bumi (REE)?

unsur nadir bumi (ree)

Unsur nadir bumi (REE) merujuk kepada sekumpulan 17 unsur kimia yang terdapat dalam jadual berkala yang mana unsur-unsur ini termasuk 15 logam lantanida ditambah dengan skandium dan itrium.

Walaupun unsur-unsur ini tidak begitu jarang seperti namanya namun ia biasanya tidak terdapat dalam bentuk yang mudah diekstrak dalam jumlah yang tinggi menjadikannya sukar dan mahal untuk dilombong dan diproses.

Unsur nadir bumi (REE) ini terdiri daripada 15 logam iaitu lanthanum (La), cerium (Ce), praseodymium (Pr), neodymium (Nd), promethium (Pm), samarium (Sm), europium (Eu), gadolinium (Gd), terbium (Tb), dysprosium (Dy), holmium (Ho), erbium (Er), thulium (Tm), ytterbium (Yb), lutetium (Lu) manakala dua lagi unsur tambahan ialah skandium (Sc) dan ittrium (Y).

Walaupun unsur nadir bumi (REE) wujud di dalam kerak bumi namun ia jarang ditemui dalam bentuk deposit pekat yang mudah untuk dilombong maka proses perlombongannya memerlukan teknologi yang canggih dan kos yang tinggi.

Sumber REE terbesar di dunia kini ditemui di China yang menguasai lebih 60%-70% daripada pengeluaran global dan negara lain yang juga mempunyai simpanan REE termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brazil dan Vietnam.

Malaysia juga mempunyai simpanan REE yang dikatakan nilainya boleh mencecah RM747.2 bilion dan masih belum dimanfaatkan secara sepenuhnya.

Malaysia berpotensi untuk menjadi pusat penting untuk pengeluaran REE di masa hadapan dan semestinya ramai yang ingin tahu apa yang akan berlaku kepada Malaysia apabila berjaya memanfaatkan REE ini.

Apakah Manfaat Kegunaan Unsur Nadir Bumi (REE) Kepada Malaysia?

Jika Malaysia berjaya memanfaatkan unsur nadir bumi (REE), ia boleh memberi impak kepada ekonomi, teknologi dan geopolitik yang siginifikan kepada negara.

Pendapatan Malaysia dalam ekonomi akan meningkat sejajar dengan eksploitasi dan eksport unsur nadir bumi (REE) boleh membawa masuk aliran pendapatan yang besar ke dalam ekonomi Malaysia.

Hal ini boleh menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara dan pemain utama dalam pasaran global REE yang kemudiannya mmapu menarik pelaburan asing terutama daripada negara yang memerlukan unsur ini seperti China, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Barat yang terlibat dalam industri berteknologi tinggi.

Malaysia juga berpotensi untuk menjadi hab penting dalam pengeluaran teknologi hijau dan menyokong usaha global untuk menangani perubahan iklim dengan memanfaatkan REE ini.

Hal ini kerana REE yang dimiliki oleh Malaysia ini mampu membantu dalam proses pembuatan kenderaan elektrik, turbin angin, bateri berkapasiti tinggi, magnet kekal, alat elektronik canggih serta peralatan perubatan dan ketenteraan.

Selain itu, Malaysia mampu memiliki bargain power apabila berjaya menjadi pengeluar REE yang penting untuk pasaran global.

Malaysia boleh meningkatkan pengaruh geopolitiknya kerana negara-negara maju akan melihat Malaysia sebagai rakan strategik untuk bekalan REE dan menjadikan Malaysia lebih relevan dalam percaturan geopolitik global.

China pada masa ini menguasai sebahagian besar pengeluaran REE dunia dan jika Malaysia berjaya memasuki pasaran ini maka ia boleh menjadi salah satu alternatif kepada dominasi China yang akhirnya memberi keseimbangan dalam rantaian bekalan global.

Malaysia berpotensi menjadi negara pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat, pembangunan teknologi dan peningkatan pengaruh di peringkat global.

Walaubagaimanapun, pengurusan sumber ini perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan alam sekitar dan memastikan manfaatnya dirasai oleh semua pihak terutamanya rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kepentingan bahasa melayu

Semua Ahli Politik Malaysia Wajib Tahu Kepentingan Bahasa Melayu

Next Post
sentimen perkauman

Sentimen Perkauman Di Malaysia Makin Merungsingkan

Related Posts