Sentimen Perkauman Di Malaysia Makin Merungsingkan

sentimen perkauman

Sentimen perkauman di Malaysia dilihat semakin kritikal dan mula menular dengan begitu cepat daripada ahli politik sehingga rakyat awam.

Terbaharu munculnya artikel yang menbahaskan mengenai isu Islamofobia dan membandingkannya dengan sentimen “kafirofobia”.

Ulasan artikel ini menunjukkan bahawa semakin panasnya sentimen perkauman di Malaysia ini dimainkan malahan cuba dimainkan untuk meraih sokongan politik daripada orang ramai.

Sentimen ini bukan sahaja dimainkan oleh pihak pembangkang sahaja malahan pihak kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab dalam meredakan sentimen ini daripada terus dipermainkan turut melakukan tindakan yang sama.

Hal ini akan menjadikan sentimen ini akan terus dimainkan tanpa henti dan terus kekal membarah dalam arena politik Malaysia.

Punca Sentimen Perkauman Makin Membarah Di Malaysia

Sebenarnya terdapat banyak punca kepada berlakunya sentimen perkauman yang makin membarah ini iaitu antaranya ialah sejarah pembahagian kaum dalam ekonomi dan pendidikan.

Malaysia telah diwarisi oleh sejarah pembahagian etnik yang mendalam terutamanya sejak zaman penjajahan British.

Pada waktu itu, masyarakat Melayu kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian manakala masyarakat Cina dan India sering terlibat dalam sektor perdagangan, perlombongan dan perladangan.

Sistem ekonomi ini telah mewujudkan jurang sosio-ekonomi antara kaum maka kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 bertujuan untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum terutamanya dengan memberi kelebihan kepada Bumiputera.

Namun begitu, dasar ini juga menimbulkan ketidakpuashatian hati dalam kalangan sesetengah masyarakat bukan Bumiputera yang merasakan ia sebagai ketidakadilan.

Bukan itu sahaja malahan kenyataan berbaur perkauman oleh individu berpengaruh sama ada melalui politik, media atau sektor awam telah memburukkan lagi keadaan.

Ucapan-ucapan yang bersifat provokatif dan menyentuh sensitiviti kaum sering kali dijadikan alat untuk menghasut kebencian antara kaum.

Malahan pihak kerajaan sendiri mengambil kesempatan yang ada untuk menyebarkan kebencian melalui sentimen dan menganggap diri mereka kebal daripada segala undang-undang terutamanya Akta Hasutan.

Undang-undang melibatkan 3R juga dilihat berat sebelah kerana hanya menumpukan kesalahan yang dibuat oleh pihak pembangkang sahaja tetapi agak lambat untuk merespon terhadap kenyataan berbaur provokasi yang dikeluarkan oleh rakan-rakan mereka di dalam kerajaan.

Ketidakadilan yang dibuat oleh kerajaan ini akan menampakkan sikap berat sebelah yang ketara dan akhirnya usaha untuk mengekang sentimen ini tidak akan berjaya.

Apakah Cara Untuk Mengatasi Isu Perkauman Ini?

Isu ini boleh diselesaikan jika kerajaan dan semua pihak yang berperanan sebagai stakeholders terbesar di Malaysia untuk mempunyai political will yang besar dalam menggalakkan integrasi melalui sistem pendidikan yang lebih bersifat nasional dan berbilang kaum.

Rombak kembali sistem sekolah vernakular ini dan satukan semua kaum di bawah satu bumbung sekolah untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan mereka.

Kewujudan sekolah vernakular jelas tidak mendatangkan sebarang manfaat malahan ia hanya untuk kepentingan kaum tertentu sahaja bukannya membawa aspirasi Malaysia.

Selain itu, semua pihak secara bersama perlu berusaha memperkukuhkan identiti nasional yang merangkumi semua rakyat Malaysia.

Usaha ini boleh dibuat jika semua kaum dididik bahawa identiti nasional negara adalah yang termaktub di dalam Perlembagaan tanpa perlunya sebarang pertikaian ataupun bantahan.

Mereka perlu jelas dan taat bahawa kaum Bumiputera dan Islam mendapat tempat tertinggi di dalam negara ini namun kaum lain masih diberikan manfaat untuk tinggal di Malaysia.

Kadang-kala suara-suara yang tidak bersetuju dengan penetapan ini yang memburukkan lagi keadaan.

Mengatasi isu perkauman di Malaysia adalah satu proses yang panjang dan memerlukan komitmen daripada semua pihak.

Malaysia berkemumngkinan besar akan sentiasa dalam pertelagahan kaum yang berpanjangan jika isu ini tidak pernah dipandang serius oleh kerajaan untuk diselesaikan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
unsur nadir bumi (ree)

Apa Akan Berlaku Pada Malaysia Apabila Memanfaatkan Unsur Nadir Bumi (REE)?

Next Post
terusan segenting kra

Selepas Terusan Segenting Kra, Kini Malaysia Bakal Terkesan Dengan Terusan Di Kemboja

Related Posts