Anda Kerajaan Atau Pembangkang?

Tekanan ke atas kerajaan kini makin dirasai apabila mereka masih gagal untuk menyelesaikan beberapa isu besar yang membelenggu rakyat.

Isu yang gagal diuruskan oleh kerajaan adalah isu yang melibatkan ekonomi dan kos sara hidup. Saya tidak menolak dan menafikan impak yang ditinggalkan oleh Menu Rahmah yang menawarkan harga murah untuk beberapa barangan pengguna seperti makanan dan barang basah namun ia hanya dilihat sebagai langkah penyelesaian jangka pendek sahaja.

Selepas timbulnya isu kenaikan harga ayam dan telur, timbul pula isu kenaikan harga ikan selepas Aidilfitri baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengaku di hadapan media bahawa memang berlakunya kenaikan harga ikan ini namun masih belum menerima aduan rasmi daripada pengguna.

Rakyat mengharapkan kerajaan segera memulihkan kembali ekonomi negara yang tenat sekarang namun sebaliknya pula yang berlaku.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan di hadapan media bahawa beliau mempunyai data yang kononnya sahih untuk menangkis dakwaan dan kritikan daripada pembangkang bahawa kerajaan kini gagal.

Kenyataan beliau tersebut seakan-akan mencerminkan diri beliau sebagai pembangkang yang sejati.

Adakah beliau tidak sedar bahawa beliau kini menjawat jawatan sebagai menteri di dalam kerajaan bukannya lagi pembangkang.

Apabila menjadi seorang menteri, kenyataan beliau sepatutnya menampakkan diri sebagai seorang perwakilan daripada kerajaan bukannya menunjukkan lagak seakan figura pembangkang yang melayan isu picisan dan remeh.

Di kala rakyat semakin terhimpit dengan isu ekonomi dan kenaikan kos sara hidup, beliau masih sempat ingin bermain politik dengan melayan permainan daripada pembangkang.

Hal ini memperlihatkan kerajaan sekarang masih lagi bermentantiliti pembangkang dan tandus idea untuk mengemukakan solusi yang utuh bagi setiap masalah yang timbul.

Pena

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA dan parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lepasan SPM Tidak Mahu Sambung Belajar: Apa Kata Anak Muda?

Next Post

Kerajaan Gagal Uruskan Bekalan Ayam & telur

Related Posts