Kerajaan Gagal Uruskan Bekalan Ayam & telur

Kecekapan kerajaan dalam menguruskan ekonomi terus dipertikai apabila terdapat sumber yang mengatakan bekalan ayam dan telur akan berkurangan sehingga 50 peratus bermula Ogos nanti.

Hal ini berikutan kegagalan menangani isu pokok masalah bekalan anak ayam serta dedak.

Dalam sumber yang lain pula, bekalan telur seluruh negara dijangka merosot bermula Julai, dengan kemuncak kekurangan sumber protein itu pada Disember.

Sumber berkata, pada Julai, pihaknya difahamkan negara akan kekurangan 91 juta biji telur berbanding keperluan 942 juta biji sebulan.

Kata sumber, kekurangan bekalan itu dijangka turut berlaku sepanjang September (300 juta biji), Oktober (352 juta biji), November (265 juta biji) dan Disember (585 juta biji).

Sehingga kini, masih belum ada lagi kenyataan daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Menteri berkenaan isu ini.

Kenyataan Datuk Seri Mohamad Sabu hanya menjurus kepada jaminan kecukupan bekalan daging untuk Hari Raya Aidiladha yang akan berlangsung Khamis nanti sahaja namun bagaimana pula dengan bekalan ayam dan telur ini?

Rakyat sentiasa meletakkan harapan agar isu ini dapat diselesaikan seperti mana janji yang beliau kotakan sewaktu mula-mula memegang tampuk pemerintahan untuk menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur dan ayam.

Kerajaan sepatutnya pantas menyelesaikan isu ini kerana kuantiti stok atau bekalan sesuatu barangan amat mempengaruhi harga barangan tersebut.

Dahulu telur merupakan bekalan protein yang murah untuk didapati oleh rakyat tanpa mengira peringkat pendapatan namun sekarang telur ini seakan-akan barangan mewah yang sukar untuk dimiliki oleh semua golongan.

Mungkin kerajaan melihat isu ini boleh diselesaikan dengan mengimport telur daripada luar seperti mana mereka lakukannya sekarang dengan mengimport bekalan telur daripada India.

Namun sedarkah kerajaan bahawa kuasa import kita mungkin melemah dek penurunan nilai yang sentiasa berlaku terhadap mata wang Ringgit kita?

Jelaslah kerajaan sekarang langsung tiada idea untuk menguruskan ekonomi hatta isu yang menimpa ekonomi rakyat pun tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan dengan baik.

Memandangkan pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir, semua ahli politik termasuk daripada ahli kabinet kerajaan akan menumpukan fokus kepada permainan politik berbanding memberi tumpuan kepada isu negara dan rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anda Kerajaan Atau Pembangkang?

Next Post

Inflasi & OPR: Apa Solusi Kerajaan?

Related Posts