Agenda Jahat Padam Identiti Nasional?

identiti nasional

BANGI – Penganjuran George Town Festival 2024 (GTF 2024) yang tidak memaparkan budaya Melayu dalam video pelancaran program menampakkan ada usaha terancang untuk memadam identiti nasional negara ini. Mereka seakan tidak tahu identiti nasional negara ini adalah beridentitikan Melayu dan Islam.

Demikian penegasan yang dilontarkan oleh Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim terhadap kontroversi yang dicetuskan oleh pihak penganjur GTF 2024 yang seakan ingin cuba memadam sejarah kebudayaan kaum Melayu di Pulau Pinang.

Beliau juga menegaskan negara ini perlu berpegang dan kekal dengan identiti asalnya maka beliau juga menginginkan nama George Town ini diubah kepada nama tempatan yang asli.

“George Town ini adalah nama tempat tinggalan British kerana nama asalnya adalah Tanjong Penaga. Saya sedar negara ini berbilang kaum namun kita ada identiti nasional yang tersendiri”.

“Lebih baik diangkat unsur yang mahsyur di Pulau Pinang. Pulau Pinang ada borianya yang unik. Jadi mengapa tidak diangkat seni kebudayaan boria Pulau Pinang yang lazimnya sudah diketahui secara meluas oleh semua rakyat Malaysia”.

“Kita menerima permohonan maaf penganjur yang mengaku cuai dalam isu ini namun menjadi satu kejanggalan apabila mereka ini adalah rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di negara ini”, tegas beliau.

Tambah beliau, bukan sahaja di Pulau Pinang malahan situasi yang sama juga berlaku di Melaka apabila kerajaan negeri Melaka melantik duta pelancongan daripada China iaitu Fan Bingbing yang tiada kaitan langsung dengan identiti Melaka.

Beliau menyarankan agar kerajaan lebih memfokuskan kepada mengangkat identiti kepahlawanan Melayu seperti Hang Tuah, Dato Bahaman dan Mat Kilau yang lebih menggambarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Melayu dan Islam.

“Malangnya kerajaan lebih suka mengangkat identiti yang bukan asalnya daripada Malaysia seperti sup tulang babi iaitu bak kut teh. Bukan semua rakyat Malaysia makan bak kut teh, lebih baik kerajaan mengangkat lauk salai cili api yang sudah pun terkenal di Malaysia”.

“Hal ini menampakkan memang ada perancangan untuk memadam identiti nasional negara ini. Jika mereka malu untuk mengangkat identiti negara ini, kita wajar mempersoalkan kesetiaan mereka terhadap negara”, ujar beliau.

Beliau juga mengatakan andai beliau dipilih sebagai Menteri Pelancongan pada masa akan datang, beliau tanpa berfikir panjang akan terus mengangkat identiti tempatan seperti baju Melayu, songkok dan makanan tradisional Melayu bagi melambangkan identiti negara yang sebenarnya.

Terdahulu, Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (Gagungan) mengecam video promosi itu yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

Susulan bantah itu, George Town Festival 2024 (GTF 2024) memohon maaf atas salah faham video promosi mereka selepas didakwa tidak menonjolkan budaya Melayu.

Pasukan tersebut juga telah menurunkan klip video berhubung sambutan festival tersebut di semua saluran media sosial, laman sesawang dan aplikasi Youtube George Town Festival.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
nama penjajah

Tukar Nama Penjajah Kepada Nama Tempatan

Next Post
hutang kerajaan persekutuan

Dahulu Sindir Kerajaan Berhutang, Kini Hutang Kerajaan Persekutuan Meningkat Kepada RM1.22 Trillion

Related Posts