Dahulu Sindir Kerajaan Berhutang, Kini Hutang Kerajaan Persekutuan Meningkat Kepada RM1.22 Trillion

hutang kerajaan persekutuan

KUALA LUMPUR – Dahulu pihak pembangkang termasuk Menteri Ekonomi sekarang, Rafizi Ramli menempelak kerajaan pimpinan Najib Razak kerana meningkatkan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa negara akan bankrap namun kini, kerajaan telah mencatatkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan yang ketara kepada RM1.22 trilion di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini menunjukkan bahawa hutang Kerajaan Persekutuan meningkat 4.27 peratus atau sebanyak RM50 bilion pada akhir April 2024 lalu. Kerajaan juga telah membuat hutang kasar berjumlah RM70.5 bilion dalam empat bulan pertama 2024.

Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pinjaman kasar itu meliputi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (RM34.5 bilion) dan bil Perbendaharaan (RM6 bilion).

“Terimaan pinjaman ini digunakan untuk membayar hutang yang matang sebanyak RM20.6 bilion dan baki RM49.9 bilion untuk menampung defisit dalam tempoh tersebut serta hutang yang akan matang.

Secara amnya, peningkatan hutang kerajaan Persekutuan saban tahun adalah berikutan keperluan kerajaan membuat pinjaman bagi membiayai defisit fiskal iaitu untuk menampung perbelanjaan pembangunan (DE).

“Pinjaman ini akan meningkatkan paras hutang kerajaan selagi mana kedudukan kewangan kerajaan mengalami defisit. DE penting kerana ia merupakan pelaburan awam (public investment) yang mempunyai kesan pengganda besar dan berimpak tinggi dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Berbeza dengan nada kenyataan sewaktu mereka mengulas isu hutang negara ketika menjadi pembangkang, mereka merupakan pihak yang lantang mengutuk kerajaan apabila membuat hutang sehingga pernah menyamakan hutang negara dengan China bersamaan dengan 30 KLCC.

Rafizi Ramli juga pernah menulis satu kenyataan di dalam laman Facebooknya seperti berikut, “Kadang-kadang saya rasa sunyi apabila di tengah-tengah kepayahan harga barang naik, subsidi ditarik balik, Ringgit jatuh, ekonomi dunia malap, mutu sekolah makin jatuh, pengangguran tinggi, rasuah tidak terkawal, menteri bermaharajalela – tidak banyak suara dari ahli politik (baik BN atau PR) yang mahu membawa isu ini. Polemik yang sama juga yang mendapat tempat. Benarlah politik telah terpisah dari kepayahan rakyat“.

Kini segalanya sudah berubah. Apa yang dilakukan oleh mereka dikira sah dan tidak boleh dibantah oleh sesiapa pun.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
identiti nasional

Agenda Jahat Padam Identiti Nasional?

Next Post
george town festival

George Town Festival 2024: BERJASA Pulau Pinang Minta Semua Pihak Hormat Identiti Nasional Malaysia

Related Posts