BERJASA Pertahan Tindakan DBKL, Hapuskan Papan Tanda Tiada Bahasa Melayu Penting Untuk Identiti negara Malaysia

identiti negara malaysia

Parti BERJASA Malaysia menyokong penuh tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berusaha mengekalkan identiti negara Malaysia dengan melalukan serbuan ke atas beberapa premis di ibu negara yang didakwa memasang papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu

Operasi serbuan berkenaan didapati dilakukan di beberapa kawasan ibu negara seperti Segambut, Pudu dan Jalan Silang.

Tindakan serbuan ini telah mendapat tentangan yang jelas daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang melihat tindakan DBKL ini sebagai tindakan perkauman seterusnya menyebabkan Malaysia mendapat reaksi yang negatif daripada pelancong luar.

Beliau mendakwa DBKL telah melakukan tindakan yang agresif dan menakutkan pelancong luar kerana kononnya Malaysia ini tidak mengamalkan dasar yang terbuka walaupun mempunyai pelbagai kaum.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif pantas membalas kenyataan Tiong King Sing itu dengan mendakwa beliau sebagai seorang ahli Kabinet yang langsung tidak faham mengenai identiti negara Malaysia yang sebenarnya.

Tiong King Sing telah menunjukkan begitu sombongnya beliau dengan terus merendahkan usaha memartabatkan bahasa Melayu semata-mata ingin mengejar keuntungan daripada kehadiran pelancong asing.

Pelancong Asing Keliru Apa Identiti Negara Malaysia Yang Sebenar

Tiong King Sing sepatutnya sedar dan jelas bahawa tindakan DBKL itu adalah demi mengekalkan identiti negara Malaysia yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara.

Pemahaman beliau yang menganggap tindakan serbuan ini sebagai provokasi menampakkan beliau ini sebagai seorang negatif dan langsung tidak berminat untuk menyambut seruan memperkasakan bahasa Melayu.

Bukan sesuatu yang baharu apabila sebelum ini sudah ada aduan daripada pelancong asing yang menyatakan kekeliruan sebenar mengenai apakah identiti negara Malaysia yang sebenarnya.

Sudahlah banyak tempat di Malaysia dijenamakan dengan nama Inggeris kini wujud pula ahli politik yang mahu tidak faham mengenai identiti nasional yang sebenar.

Malaysia daripada dahulu lagi tidak pernah mendiskriminasi kaum lain untuk mengamalkan budaya masing-masing.

Perayaan kaum Cina, India, Iban dan Kadazan sentiasa disambut dengan meriah hinggakan diberikan cuti untuk mereka menyambutnya dengan meriah.

Hal ini tidak termasuk dengan pengorbanan orang Melayu yang memberikan mereka hak untuk mewujudkan sekolah vernakular iaitu sekolah jenis kebangsaan bagi kaum Cina dan India.

Apabila melibatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri, wujud kritikan yang mendakwa Malaysia ini sebuah negara perkauman.

Malaysia merupakan negara yang sekian lama identiti utamanya berasakan Melayu dan Islam dengan ketua negara adalah sultan, ketua kerajaan perlu beragama Islam, bahasa Melayu merupakan bahasa utama negara dan Islam adalah agama persekutuan.

Jika Tiong King Sing gagal faham mengenai perkara ini, jelas bahawa beliau ini tidak layak memegang jawatan di dalam kerajaan apatahlagi beliau memegang portfolio sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau sepatutnya bertanggungjawab dalam memartabatkan identiti negara Malaysia seperti bahasa Melayu namun beliau sendiri yang menentangnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya bersikap tegas memecat beliau yang jelas tidak layak memegang jawatan tersebut.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
lawatan anwar ibrahim

Lawatan Anwar Ibrahim Ke Luar Negara Ditanggung Syarikat Swasta, Kerajaan Pro-Kapitalis?

Next Post
identiti nasional

Tiong King Sing Tidak Hormat Identiti Nasional Dan Negara

Related Posts