Adakah PADU Mencuri Data Pengguna?

PADU

KUALA LUMPUR – Tindakan mendaftarkan rakyat secara automatik dalam sistem Pangkalan Utama Data (PADU) banyak melahirkan kesangsian umum sehingga dilihat seperti usaha mencuri data milik rakyat oleh kerajaan. Langkah ini diumumkan oleh Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin setelah didapati respon dan penglibatan rakyat untuk mengisi maklumat mereka sangat rendah dan tidak memuaskan.

Isu ini telah dibangkitkan oleh ADUN Rengit,  Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mempersoalkan sama ada langkah tersebut merupakan formula terbaharu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kerana berikutan selepas tiga bulan dilancarkan hanya separuh warganegara membuat pendaftaran.

“Ketua Perangkawan Uzir Mahidin kata pendaftaran automatik akan dibuat bagi yang belum lagi daftar PADU. Rafizi memang “Raja Formula”.

“Macam mana Rafizi dapat formula daftar automatik? Tidak mungkin curi data. Tiga bulan kempen PADU 10.6 juta orang sahaja yang daftar.

“Tetapi setelah tamat tempoh daftar, dalam sekelip mata semua rakyat Malaysia akan terdaftar dalam PADU melalui daftar automatik,” soal beliau.

Mohd Uzir dalam sidang media baru-baru ini dilaporkan berkata, PADU masih mempunyai data asas lebih 30 juta rakyat Malaysia yang didaftarkan secara automatik ke dalam sistem tersebut.

Menurutnya, data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi.

Beliau bimbang keciciran bantuan berlaku kepada mereka yang hanya mempunyai data asas namun pada masa sama memaklumkan, jumlah tersebut mungkin agak kecil.

Sementara itu Mohd. Puad menyindir Rafizi yang berkongsi klip video pendek yang menyatakan beliau ‘penat’ untuk menyampaikan pantun berkaitan usaha kerajaan ini.

“Dalam videonya, Rafizi kata ‘dia penat’. Siapa sebenarnya penat? Dia atau yang sudah mendaftar? Baru dia tahu, jadi menteri penat, kerja menghasut tidak penat,” kata Mohd. Puad.

Dalam video berkenaan, Rafizi seolah-olah berputus asa selepas PADU yang dilancarkan pada 1 Januari lalu tidak mendapat maklum balas yang memberangsangkan.

“Hari ini tak da pantun. Suka koranglah, nak daftar, daftar. Tak nak daftar pun pandai-pandailah korang beraya,” katanya dengan nada sinis di sebalik pelbagai kritikan mengenai sistem perisian ini.

Media melaporkan, Rafiz berkata, seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.

Pendaftaran sistem PADU ditutup pada jam 11.59 malam 31 Mac.

SUMBER – MalaysiaGazette

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
dr. akmal salleh

Ketua Penerangan BERJASA Sokong Dr. Akmal, Selar AMK

Next Post
kafir

Polemik Istilah ‘Kafir’ Hasil Fahaman Liberal

Related Posts