Harapan Pemuda BERJASA Untuk Bajet 2023 – Isma Aiman

JKP Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Bangi – Kerajaan telah menetapkan tarikh 24 Februari 2023 (Jumaat) untuk pembentangan semula Bajet 2023 di Parlimen.

Rakyat semestinya ternanti-nanti tentang pembentangan pada hari esok yang akan diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sama ada akan berlakunya perubahan di dalam bajet tersebut ataupun masih kekal seperti yang disediakan oleh kerajaan terdahulu.

Wakil Pemuda BERJASA, Isma Aiman ketika dihubungi berkata, beliau berharap agar kerajaan memasukkan inisiatif secara lebih bersasar untuk membantu rakyat jelata menambahkan pendapatan dalam fasa pasca-pandemik ini.

Beliau mengemukakan cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan seperti bantuan pengurusan hutang (fasiliti hutang diringankan), bantuan peningkatan kemahiran (upskilling dan digitalisation) dan juga bantuan kebolehan mandiri seperti laman herba & pokok buah rakyat diperbanyakkan oleh kerajaan.

Tambah beliau lagi, “Industri kita sekarang ini lebih banyak tertumpu kepada sektor minyak dan gas. Sebenarnya ia berisiko kerana harga minyak dan gas di pasaran dunia mudah terdedah dengan naik turun harga. Maka saya mencadangkan agar kerajaan memperkasakan sektor industri seperti Industri Kecil dan Sederhana (geran penambahan aset), industri pertanian dan perladangan (menstabilkan harga naik dengan penambahan pengeluaran dan pengagihan yang efisyen) dan eksport. Hasilnya, kerajaan dan rakyat mempunyai alternatif industri ekonomi yang lain selain minyak dan gas”.

Menutup kenyataan beliau, beliau akhir sekali mengharapkan agar kerajaan sekarang ini mampu melakukan yang terbaik untuk mengangkat ekonomi negara ke martabat yang lebih tinggi lagi.

Cukuplah kerajaan bermain politik yang populis sedangkan masih lagi ramai rakyat yang menantikan hidangan makanan untuk dimakan esok harinya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Menu Rahmah: Peniaga Sokong Kenyataan Ketua Pemuda BERJASA

Next Post
JKP Pemuda BERJASA, Meor Azim

Bajet 2023: Gesa Cantas Isu Pengangguran – Meor Azim

Related Posts